Jawapan Isu Najib bentang PTPTN

Saya sengaja membiarkan seharian di blog ini sepanjang hari ini berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh budak hingusan belaan Anwar Ibra...

Saya sengaja membiarkan seharian di blog ini sepanjang hari ini berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh budak hingusan belaan Anwar Ibrahim sepertimana yang disiarkan di blog Anwar semalam.
Kita kata PTPTN dilulus dan ditubuhkan ketika Anwar mempunyai kuasa yang besar dan PTPTN mula berkuatkuasa ketika Anwar mempunyai kuasa seorang PM ketika itu. Lihat di sini
Pendedahan tersebut telah membuatkan mereka semua tersentak, lagi-lagi apabila Tun Dr M juga turut mengulas perkara tersebut. Seperti biasalah, apa-apa sahaja yang kena atas batang hidung mereka maka jalan harus dicari agar kesalahan diletakkan kepada Umno atau pemimpin-pemimpinnya. 
Mereka kata Najib selaku Menteri Pendidikan pada waktu itu yang membentangkan Rang Undang-Undang PTPTN 1997 bagi membolehkan PTPTN ditubuhkan. 
Ya betul....memang betul Najib yang bentangkan kerana itu terletak dibawah kementeriannya. Jadi, apa masalahnya. Dan sampai ke hari ini pun Najib masih lagi mempertahankan apa yang beliau bentang 15 tahun lampau. 
Yang kita pelik dan menjadi persoalan kenapa Anwar yang berkuasa pada masa itu tidak membantah ?
Kenapa hari ini bila tiada kuasa baru nak bantah dan nak mansuhkan ?
Najib pada masa itu hanya Menteri Pendidikan sahaja. Manakala Anwar pula Menteri Kewangan dan TPM. Suara dan kuasa siapa yang lebih besar ? Baca


sumber: RBF Online



NR: Mulut boleh berkata apa sahaja...tapi kebenarannya??? fikirkan dan renung-renungkanlah... hehehe


COMMENTS