Mesyuarat Agung Luarbiasa Majlis Peguam Dipenuhi 'Pengundi Hantu' - Khairul Azam

KUALA LUMPUR , 15 Mei 2012 - Ahli Majlis Peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mendedahkan amalan menyokong usul, resolusi dan undi dalam ba...

alt


KUALA LUMPUR, 15 Mei 2012 - Ahli Majlis Peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mendedahkan amalan menyokong usul, resolusi dan undi dalam badan professional itu tidak mengikut peruntukan Seksyen 65(4A) Akta Profesion Undang-Undang 1976.


Beliau berkata demikian setelah menghadiri Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) Majlis Peguam dan mendapati amalan dan praktis dalam mendapatkan satu keputusan terhadap resolusi badan guaman itu tidak melambangkan tahap profesionalisme, ketelusan, keadilan dan integriti yang sepatutnya.


Sebelum itu, Khairul Azam dikatakan akan memfailkan saman terhadap Majlis Peguam bagi memohon deklarasi bahawa EGM badan guaman itu sebagai tidak sah dan terbatal turut memberi gambaran sebenar apa yang berlaku sewaktu proses pengundian sesuatu resolusi dijalankan.


"Tidak ada sebarang tindakan tersusun yang dilakukan untuk mengesahkan mereka yang hadir pada mesyuarat tersebut.


"Terlalu mudah untuk mengundi pada mesyuarat itu. Saya hanya perlu memberikan nombor keahlian badan guaman itu. Tidak ada sebarang pemeriksaan dan semakan terhadap kad pengenalan untuk mengesahkan keahlian mereka yang hadir," kata Khairul Azam.


Beliau turut bertanya kepada Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee yang mengumumkan kehadiran 1,270 orang pada mesyuarat tersebut agar membuat kiraan semula dan pengesahan ahli majlis yang sebenar kerana mendapati pelatih dalam kamar, wartawan dan kumpulan yang tidak diketahui status kelayakan mereka turut menyokong usul mengecam tindakan pihak polis terhadap peserta Bersih 3.0.


"Apabila saya menimbulkan isu tersebut sewaktu majlis sedang berlangsung, saya telah diejek dan menerima provokasi seolah-olah saya telah melakukan kesilapan," katanya.


"Saya berasa pelik kerana presiden badan guaman itu berkata ia adalah amalan kebiasaan setiap kali mesyuarat diadakan. Saya terpanggil untuk melakukan sesuatu terhadap prosedur dan amalan tidak profesional ini.


Sebelum itu, Mesyuarat Agung Luarbiasa tersebut dengan 939 undi telah menyokong resolusi mengecam tindakan pihak polis terhadap peserta Bersih 3.0.


"Saya juga berkesempatan berjumpa dengan bekas presiden dan Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga yang hadir dan bertanyakan apakah ini merupakan amalan biasa yang dilakukan setiap kali Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luarbiasa diadakan," kata Khairul Azam.


"Saya terkejut dengan pengakuan Ambiga bahawa tatacara yang dilakukan setiap kali mesyuarat badan guaman itu adalah sesuatu amalan yang biasa dan normal," tambah Khairul Azam.


"Amalan kebiasaan kata Ambiga, amalan kebiasaan untuk ada pengundi hantu, amalan kebiasaan untuk mana-mana ahli masuk kedalam mesyuarat tanpa pengesahan kad pengenalan, amalan kebiasaan untuk mengundi dengan cara angkat tangan, amalan kebiasaan hanya enam orang ditugaskan untuk mengira undi ribuan yang hadir," kata Khairul Azam dengan nada yang kesal.


Beliau yang kecewa dengan penjelasan tersebut turut mempertikaikan tindakan selaku Ambiga Pengerusi Bersih 3.0 yang menempelak Suruhanjaya Pilihanraya dan kerajaan tidak melakukan sesuatu terhadap isu pengundi hantu, namun berdiam diri dan mengakui sudah menjadi amalan kebiasaan dalam mana-mana mesyuarat Majlis Peguam untuk tidak melakukan sesuatu terhadap pengundi hantu.


"Bukankah ini menunjukkan amalan hipokrasi," tanya Khairul Azam.


"Ada 14,100 ahli yang berdaftar dengan Majlis Peguam dan mereka yang hadir dalam mesyuarat ini tidak sampai 1,000 orang. Malah dalam angka 1,000 orang ini juga termasuk pengundi hantu," kata beliau.


"Majoriti ahli yang berdaftar tidak hadir pada Mesyuarat Agung Luarbiasa kerana mereka ini protes dengan tindakan segelintir pihak.


"Majoriti ahli berdaftar sebenarnya mempertikaikan mengapa Majlis Peguam terlalu sibuk memperjuangkan isu-isu luaran, isu politik sedangkan isu dalaman yang melibatkan kebajikan ahli, sistem kehakiman negara, sistem e-filing dan sebagainya yang melibatkan profesion guaman itu sendiri langung tidak diperjuangkan badan tersebut," kata Khairul Azam.


"Dimanakah letaknya integriti dan profesionalisme badan guaman ini," kata Khairul Azam dengan nada kecewa.


Sebelum itu, Majlis Peguam turut menerima tamparan apabila seorang peguam, Ranjit Singh Dhillon, dari J Kaur, Ranjit & Associates mempertikaikan badan professional guaman itu yang didakwa menyembunyikan fakta bahawa peserta perhimpunan Bersih 3.0 telah memasuki kawasan larangan justeru melanggar perintah mahkamah.
alt


Ranjit turut mempersoalkan sikap dan tindakan Presiden Majlis Peguam itu yang dilihat seolah-olah mewakili pemimpin dan parti-parti pembangkang, dan tidak lagi dilihat sebagai sebuah badan profesional yang bebas dan non partisan.


Beliau yang kesal menyatakan mukasurat 26 laporan awal badan itu menyebut peserta perhimpunan BERSIH 3.0 telah melakukan provokasi terhadap pihak polis, sekaligus membidas Lim Chee Wee yang membisu mengapa tidak disebutkan siapa sebenarnya yang mencetuskan keganasan pada perhimpunan itu.


"Adakah kita layak digelar professional, adakah kita layak bergelar peguam," kata Ranjit.


Peguam itu turut mendakwa pihak polis tidak melakukan apa-apa terhadap perusuh setelah mereka merempuh hadangan sejauh 50 meter sehingga menyebabkan ketegangan dan harta awam dirosakkan.


"Apa yang anda jangka pihak berkuasa akan lakukan setelah perusuh memasuki kawasan larangan," soal Ranjit.


Beliau turut melontarkan soalan kepada presiden badan itu "Adakah kita yang bernaung dibawah badan guaman ini secara jujur mahu mengakui memang terdapat mereka yang mengambil kesempatan atas kejadian tersebut.



Sumber: KL Post

COMMENTS

Name

#PengkalanKubor,4,100 hari,9,13 mei,4,50 Dalil,11,505,2,66 tahun,1,Abby Abadi,7,ABIM,2,Adun Ladang,6,Adun Pas,2,Agama,61,Agama dan Politik,67,Ahmad Said,3,Air,1,Al-Quran,2,Allah,1,Altantuya,3,Amanat Haji Hadi,4,Ambiga,2,Amerika Syarikat,1,Antarabangsa,4,Anti Pengkhianat,119,Anwar,41,ANWAR 901,11,Anwar Ibrahim,64,ANZ,1,Arab Spring,1,Arak,1,Artis,40,Azhar Idrus,7,Azmin,7,BadrolAmin,4,Badut,2,Bajet 2014,1,Bala,2,Balak,1,Barisan Nasional,1,BEBAS,2,Belia,1,Bendera,1,Berita,16,BERSHIT,1,Bersih,20,BERSIH 3.0,9,Bersih Mesir,1,Bible,1,Bisnes,5,Blackout 505,15,BR1M,7,Calon PRU 13,5,CF,1,Dakwah,2,Dalam Negeri,139,DAP,76,DAP Ganti PAS,34,Dap Haram,4,Debat,3,Dedah,5,Deepak,1,Demo,2,Derhaka,1,DFK,1,Doa,1,Doa PAS,3,DS Najib,12,DUN Terengganu,1,Dunia,35,eksklusif,2,Eksklusif PRU 13,134,Ezam,1,Featured,2,Felda,8,Fitnah,3,Forum,1,Gangnam,1,GAY,1,Gereja,1,GST,1,Guru,1,Hadi Awang,29,Haji,2,Haron Din,1,Harun Din,2,Hasad,1,Hasan Ali,20,Hiburan,43,HIMPUN,7,Hina,2,Hina Agong,2,Hina Islam,6,Hipokrit,1,Hudud,4,Husam Musa,1,Info,133,Ingat Dok Lagi,1,Inkues TBH,2,Irene Fernandez,1,Islam,8,Israel,2,Janji,1,Janji Bershit,1,Janji Ditepati,1,Jenayah,135,Jerebu,1,Jet,1,Jinggay,2,kaabah,1,kabinet,1,Kalimah Allah,14,Karpal,5,Kedah,8,Kelantan,4,Kesihatan,3,KFC,1,Khairy KJ,3,Khalwat,2,Kiram,1,Kisah dari kubur,1,KL226,1,konvensyen,1,Kristian,4,Kualiti,1,Kuasa Allah,23,KUIN,2,Ladang,1,Lahad Datu,2,Lembu Pas,11,LGBT,2,Lim Guan Eng,5,Lim Kit Siang,1,Liwat,8,Luar Negara,7,Lynas,3,Macam-macam,42,Mahasewel,1,Mahasiswa,1,Mahathir,7,Majlis Peguam,1,Mak Chili,1,Malaysiakini,1,manifesto,1,manifesto PRU13,3,Marang,3,Mat Sabu,10,Mekah,1,Melayu,1,Memali,1,Mesir,2,MH370,9,Mimpi,1,MNLF,1,Muhyiddin,4,Murtad,12,Muslimah PAS,3,Nasharudin,3,Nasyid,2,Nazmi Faiz,1,Nazmi Faiz Mansor,1,NijabRazak,1,Nik Aziz,32,Nizar,2,Nurul Izzah,3,Old Town White Coffee,3,ops daulat,131,Ops Sulu,127,Paka,2,Pakatan,27,Palestin,10,Panazs,39,Parlimen,1,Pas,91,PAS Kedah,4,PAS Kelantan,3,Pas Lembu,5,PAS Pembohong,5,PAS Seleweng,7,PAS Sesat,12,PAS ZALIM,134,PASAR PAYANG,4,Pasca PRU 13,17,Pelancongan,2,Pelawak,2,Pelik,6,Pembohong,3,Penang,2,Pendeta,1,Pengajaran,1,Pengkhianat,4,penyolong pakatan,1,Pesanan,1,Petronas,2,PKNS,1,PKR,17,PKR ZALIM,82,PNB,1,POLIS,3,Politik,654,PRK DUN KAJANG,2,PRK Kajang,1,Prk Sungai Limau,7,PRK Terengganu,92,PRU 13,12,PRU DUN Sarawak x10,16,Psy,2,PTPTN,7,rafizi,1,Rafizi Ramli,4,Rahim Noor,1,Raja Bahrin,8,Rakyat,1,Ramadhan,2,RBA,1,Red Bean Army,4,Red Bean Arny,1,Reformasi 901,3,Rencana,3,Renungan,3,Republik,1,Resign,1,Rhu Rendang,1,Ridhuan Tee,2,Royalti,2,RPK,1,Saifudin Nasution,1,salib,1,saman,2,Sejarah,2,seks,3,Seks bebas,24,Selangor,3,selebriti,1,Selebtiri,1,semada,2,semasa,1334,SemasaInfo,1,semass,3,Sesat,3,Sidang Dun Terengganu,4,Sinar,1,Sinar Harian,1,Skandal,29,Sketsa,3,Songsang,2,sosial,2,SPR,1,Stadium,2,STP,2,subsidi,2,Sukan,80,Sukma 2012,2,Sukma Pahang,1,Sukma Pahang 2012,1,Syaitan,1,Syed Azman,1,Syiah,6,Tahun Baru Cina,2,Tanah,1,Tazki,1,Tazkirah,52,Tengku Mahkota Johor,1,Terengganu,40,Terkini,96,Tian Chua,3,TNB,1,Toksid,2,Tonggeng,1,Tragedi,64,Tragedi semasa,2,TUKAR,1,Tyson,1,Ulama,2,UMMI HAFILDA,2,UMNO,8,Unit Amal Pas,1,USA,1,Ustaz Azhar,2,Ustaz Kazim,1,Utusan,6,Vatican,1,Video Seks,35,Wacana,2,Wan Azizah,1,Whatsapp,1,Yahudi,9,Zakat,1,Zal,1,Zionis,2,Zoo Kemaman,1,Zul Nordin,3,
ltr
item
Ku Lihat Langit Biru: Mesyuarat Agung Luarbiasa Majlis Peguam Dipenuhi 'Pengundi Hantu' - Khairul Azam
Mesyuarat Agung Luarbiasa Majlis Peguam Dipenuhi 'Pengundi Hantu' - Khairul Azam
http://www.klpos.com/images/stories/TUN_001/pltk%200114.jpg
Ku Lihat Langit Biru
http://www.kulihatlangitbiru.com/2012/05/mesyuarat-agung-luarbiasa-majlis-peguam.html
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/2012/05/mesyuarat-agung-luarbiasa-majlis-peguam.html
true
4940700211240476214
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy