Janji ditepati...

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnianya melalui kerajaan yang prihatin sekali lagi telah dikurniakan nikmat yang besar kepada hambanya.



Hari ini rakyat di Kg. Alor Ketitir terutamanya generasi kedua di kawasan projek pertanian Kg. Alor Ketitir atas pengurniaan tanah lot kepada generasi kedua dan mereka yang layak di kawasan yang terlibat.



Walaupun bukan semua generasi kedua dan yang memohon tanah ini mendapat durian runtuh kerana mengikut giliran dan kelayakan yang telah ditetapkan.



Program pengundian tanah lot ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Yahya bin Khatib Mohammad, Exco Kerajaan Negeri Terengganu merangkap ADUN Pengkalan Berangan.



PS: Terima kasih kerajaan BN atas janji yang telah ditunaikan. Semoga Allah merahmati pemimpin kita yang jujur dan ikhlas dalam menunaikan tanggungjawab.
TAG