Terengganu terendah belum daftar pengundi...

Terengganu merekod jumlah pengundi yang belum mendaftar paling rendah apabila hanya mencatat seramai 46,000 orang berbanding 3.65 juta kesel...

Terengganu merekod jumlah pengundi yang belum mendaftar paling rendah apabila hanya mencatat seramai 46,000 orang berbanding 3.65 juta keseluruhan pengundi yang gagal berbuat demikian di seluruh negara, sehingga hari ini.



Timbalan Pengerusi SPRM, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, berkata antara negeri yang mencatat jumlah pengundi yang belum mendaftar paling tinggi adalah Selangor (kira-kira 600,000), Johor (kira-kira 500,000), Wilayah Persekutuan (kira-kira 350,000), Kelantan (kira-kira 200,000).



“Terengganu dikenalpasti negeri yang mencatat jumlah pengundi paling kecil yang gagal mendaftar. Jadi nampaknya rakyat Terengganu memang peka untuk mendaftar dan menggunakan hak mereka untuk mengundi pada pilihan raya,” katanya di sidang media sempena taklimat Pilihan Raya Umum ke-13 kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus serta pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya dan parti-parti politik, di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini.



Turut hadir, Pengarah SPR negeri, Haji Fakhrul Razi Ab Wahab.



Datuk Wira Wan Omar berkata, SPR merekodkan 611,583 pengundi berdaftar di seluruh Terengganu dengan jumlah pertambahan pengundi baru selepas PRU12 sehingga kini berjumlah kira-kira 100,000 pengundi dengan 35 peratus daripadanya merupakan pengundi muda.



Katanya, Terengganu yang mempunyai lapan bahagian pilihan raya bagi Parlimen dan 32 bahagian Dewan Undangan Negeri , turut membuka 355 pusat mengundi yang melibatkan 1,212 saluran pusat mengundi.



Selain itu, Datuk Wira Wan Omar berkata, daripada 16.5 juta warganegara Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas dan layak mengundi, seramai 3.65 juta daripada mereka belum mendaftar sebagai pengundi.



“Sehingga kini, seramai 12,912,590 juta pengundi berdaftar di seluruh negara. Daripada jumlah itu, SPR menjangkakan hampir dua juta terdiri daripada pengundi baru yang pertama kali mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.



“Daripada hampir dua juta pengundi baru yang pertama kali (mengundi) ini , kita dapati 35 peratus sahaja pengundi yang dianggap sebagai orang muda..belia, iaitu 35 tahun ke bawah. Jadi, kini baru SPR tahu rupa-rupanya ramai lagi orang yang berusia 35 tahun ke atas yang baru mendaftar buat pertama kali. Sebab itulah, maka di negara kita sekarang masih ada 3.5 juta rakyat yang belum mendaftar,” katanya.



Pada masa yang sama, beliau mengingatkan rakyat Malaysia yang belum mendaftar supaya segera berbuat demikian kerana apabila mereka mendaftar pada hari ini serta nama mereka diwartakan sebagai pengundi pada Ogos, maka secara automatik mereka boleh mengundi sekiranya PRU13 berlangsung selepas Ogos.



“Kalau tidak diduga Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, kita tidak tahu kerana ia terpulang kepada kuasa Perdana Menteri, akan sembah perkenan kepada Yang di-Pertuan Agong (bila) kita tidak tahu. Tetapi mengambil kira tempoh masa yang kita perlu kalau hendak mengadakan pilihan raya sebelum bulan puasa , maka Parlimen perlu bubar dalam bulan Jun.



“Tetapi jika Parlimen tidak dibubarkan pada bulan Jun, maka faham-fahamlah..,” katanya.



Menurutnya, SPR yang menjangkakan aktiviti PRU13 lebih rancak dan `panas’ dapat dikendalikan dengan lancar dan sempurna oleh kesemua petugas pilihan raya, selain mereka dapat memahami tanggungjawab serta peranan masing-masing berdasarkan penerangan dan taklimat yang diberikan oleh SPR.



Kredit: teganukita.blogspot.com

COMMENTS

Name

#PengkalanKubor,4,100 hari,9,13 mei,4,50 Dalil,11,505,2,66 tahun,1,Abby Abadi,7,ABIM,2,Adun Ladang,6,Adun Pas,2,Agama,61,Agama dan Politik,67,Ahmad Said,3,Air,1,Al-Quran,2,Allah,1,Altantuya,3,Amanat Haji Hadi,4,Ambiga,2,Amerika Syarikat,1,Antarabangsa,4,Anti Pengkhianat,119,Anwar,41,ANWAR 901,11,Anwar Ibrahim,64,ANZ,1,Arab Spring,1,Arak,1,Artis,40,Azhar Idrus,7,Azmin,7,BadrolAmin,4,Badut,2,Bajet 2014,1,Bala,2,Balak,1,Barisan Nasional,1,BEBAS,2,Belia,1,Bendera,1,Berita,16,BERSHIT,1,Bersih,20,BERSIH 3.0,9,Bersih Mesir,1,Bible,1,Bisnes,5,Blackout 505,15,BR1M,7,Calon PRU 13,5,CF,1,Dakwah,2,Dalam Negeri,140,DAP,76,DAP Ganti PAS,34,Dap Haram,4,Debat,3,Dedah,5,Deepak,1,Demo,2,Derhaka,1,DFK,1,Doa,1,Doa PAS,3,DS Najib,12,DUN Terengganu,1,Dunia,35,eksklusif,2,Eksklusif PRU 13,134,Ezam,1,Featured,2,Felda,8,Fitnah,3,Forum,1,Gangnam,1,GAY,1,Gereja,1,GST,1,Guru,1,Hadi Awang,29,Haji,2,Haron Din,1,Harun Din,2,Hasad,1,Hasan Ali,20,Hiburan,43,HIMPUN,7,Hina,2,Hina Agong,2,Hina Islam,6,Hipokrit,1,Hudud,4,Husam Musa,1,Info,133,Ingat Dok Lagi,1,Inkues TBH,2,Irene Fernandez,1,Islam,8,Israel,2,Janji,1,Janji Bershit,1,Janji Ditepati,1,Jenayah,135,Jerebu,1,Jet,1,Jinggay,2,kaabah,1,kabinet,1,Kalimah Allah,14,Karpal,5,Kedah,8,Kelantan,4,Kesihatan,3,KFC,1,Khairy KJ,3,Khalwat,2,Kiram,1,Kisah dari kubur,1,KL226,1,konvensyen,1,Kristian,4,Kualiti,1,Kuasa Allah,23,KUIN,2,Ladang,1,Lahad Datu,2,Lembu Pas,11,LGBT,2,Lim Guan Eng,5,Lim Kit Siang,1,Liwat,8,Luar Negara,7,Lynas,3,Macam-macam,42,Mahasewel,1,Mahasiswa,1,Mahathir,7,Majlis Peguam,1,Mak Chili,1,Malaysiakini,1,manifesto,1,manifesto PRU13,3,Marang,3,Mat Sabu,10,Mekah,1,Melayu,1,Memali,1,Mesir,2,MH370,9,Mimpi,1,MNLF,1,Muhyiddin,4,Murtad,12,Muslimah PAS,3,Nasharudin,3,Nasyid,2,Nazmi Faiz,1,Nazmi Faiz Mansor,1,NijabRazak,1,Nik Aziz,32,Nizar,2,Nurul Izzah,3,Old Town White Coffee,3,ops daulat,131,Ops Sulu,127,Paka,2,Pakatan,27,Palestin,10,Panazs,39,Parlimen,1,Pas,91,PAS Kedah,4,PAS Kelantan,3,Pas Lembu,5,PAS Pembohong,5,PAS Seleweng,7,PAS Sesat,12,PAS ZALIM,134,PASAR PAYANG,4,Pasca PRU 13,17,Pelancongan,2,Pelawak,2,Pelik,6,Pembohong,3,Penang,2,Pendeta,1,Pengajaran,1,Pengkhianat,4,penyolong pakatan,1,Pesanan,1,Petronas,2,PKNS,1,PKR,17,PKR ZALIM,82,PNB,1,POLIS,3,Politik,663,PRK DUN KAJANG,2,PRK Kajang,1,Prk Sungai Limau,7,PRK Terengganu,92,PRU 13,12,PRU DUN Sarawak x10,16,Psy,2,PTPTN,7,rafizi,1,Rafizi Ramli,4,Rahim Noor,1,Raja Bahrin,8,Rakyat,1,Ramadhan,2,RBA,1,Red Bean Army,4,Red Bean Arny,1,Reformasi 901,3,Rencana,3,Renungan,3,Republik,1,Resign,1,Rhu Rendang,1,Ridhuan Tee,2,Royalti,2,RPK,1,Saifudin Nasution,1,salib,1,saman,2,Sejarah,2,seks,3,Seks bebas,24,Selangor,3,selebriti,1,Selebtiri,1,semada,2,semasa,1340,SemasaInfo,1,semass,3,Sesat,3,Sidang Dun Terengganu,4,Sinar,1,Sinar Harian,1,Skandal,29,Sketsa,3,Songsang,2,sosial,2,SPR,1,Stadium,2,STP,2,subsidi,2,Sukan,80,Sukma 2012,2,Sukma Pahang,1,Sukma Pahang 2012,1,Syaitan,1,Syed Azman,1,Syiah,6,Tahun Baru Cina,2,Tanah,1,Tazki,1,Tazkirah,52,Tengku Mahkota Johor,1,Terengganu,40,Terkini,96,Tian Chua,3,TNB,1,Toksid,2,Tonggeng,1,Tragedi,64,Tragedi semasa,2,TUKAR,1,Tyson,1,Ulama,2,UMMI HAFILDA,2,UMNO,8,Unit Amal Pas,1,USA,1,Ustaz Azhar,2,Ustaz Kazim,1,Utusan,6,Vatican,1,Video Seks,35,Wacana,2,Wan Azizah,1,Whatsapp,1,Yahudi,9,Zakat,1,Zal,1,Zionis,2,Zoo Kemaman,1,Zul Nordin,3,
ltr
item
Ku Lihat Langit Biru: Terengganu terendah belum daftar pengundi...
Terengganu terendah belum daftar pengundi...
Ku Lihat Langit Biru
http://www.kulihatlangitbiru.com/2012/06/terengganu-terendah-belum-daftar.html
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/2012/06/terengganu-terendah-belum-daftar.html
true
4940700211240476214
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy