2 hari pakai tudung bergelar ustazah???

Trend ustaz dan ustazah segera semakin berleluasa pada masa ini. Bermula dengan Bob lokman yang mengumumkan masuk PAS dan terus sahaja boleh berceramah agama di masjid-masjid dan surau-surau. Trend itu diikuti oleh Abby, Aisyah, Leman Raja Lawak dan Hairie Othman.



Kata Ustaz Kazim, kita tidak menghina mereka tetapi sepatutnya mereka yang sudah insaf dan berhijrah sepatutnya pergi menuntut ilmu menadah kitab-kitab mencari ilmu yang lebih dari guru-guru agama dan bukannya terus diangkat seperti seorang ustaz dan ustazah oleh PAS. Mereka telah diberi peluang untuk berucap di khalayak ramai memperkatakan tentang Islam dalam keadaan ilmu Islam yang serba kekurangan.



Tindakan PAS ini boleh mengelirukan umat Islam yang mana seolah-olah semua orang boleh bercakap tentang Islam walaupun tiada Ilmu yang akhirnya boleh memesongkan aqidah mereka dan orang ramai. Malah ada yang menganggap, Pas itu Islam dan lebih buruk mereka anggap Islam itu Pas tanpa rasa bersalah. Mereka tidak sedar yang telah sesat dan tercalarya aqidah apabila berkata demikian.



Penyelewengan agama ini berlaku semakin berleluasa apabila ada pemimpin Pas yang menyatakan Allah mengarahkan Pas untuk merampas kuasa di Putrajaya. Seolah-olah Pas boleh berhubung dan berinteraksi dengan Allah. Kes-kes sebegini sebenarnya banyak berlaku dalam kumpulan ajaran sesat yang merekrut individu yang jahil dan jahat suatu ketika dahulu dan ingin mencari jalan pintas ke syurga.



Sumber: waklongman.blogspot.com
TAG