Apa boleh dikata...

Sukma Pahang 2012 telah melabuhkan tirainya dan Terengganu sekali lagi membuktikan kejagohannya sebagai kuasa sukan Malaysia. Walaupun sukan kenu tidak dipertandingkan, kontinjen Terengganu tetap gah dan dinobatkan sebagai juara Sukma selama 4 edisi berturut. Inilah bukti kesungguhan kerajaan Negeri yang yang banyak memberi sokongan kepada persatuan-persatuan sukan untuk melahirkan atlet yang berdaya saing dan berwibawa. Dengan pelaburan yang besar, ia telah membuahkan hasil seperti mana yang diinginkan malah telah mengatasi jangkaan awal. Tahniah kepada atlet, syabas kepada kerajaan negeri. Inilah berkat usaha dan pengorbanan semua.
TAG