Cerai kerana berbeza parti...

BERITA guru al-Quran, Che Hasnah Che Ahmad, 61, diceraikan suaminya, Yahaya Ibrahim, 78, dikatakan akibat perbezaan politik menggemparkan ba...

BERITA guru al-Quran, Che Hasnah Che Ahmad, 61, diceraikan suaminya, Yahaya Ibrahim, 78, dikatakan akibat perbezaan politik menggemparkan banyak pihak. Che Hasnah, guru agama di Kampung Chabang Tiga, Chetok, Pasir Mas, diceraikan suami dengan talak satu di Mahkamah Majistret Pasir Mas Rabu lalu kerana dianggap sesat disebabkan tidak menyokong Pas. Yahaya kemudian menafikan menceraikan isterinya itu disebabkan perbezaan politik sebaliknya mendakwa Che Hasnah sesat akibat tidak mengamalkan ajaran Islam, malah bersedia rujuk kembali sekiranya Che Hasnah kembali kepada ajaran Islam. Dakwaan Yahaya itu disanggah Che Hasnah yang turut menolak kesediaan suaminya untuk rujuk kembali. Ikuti penjelasan Che Hasnah kepada wartawan Utusan Malaysia, YULPISMAN ASLI dan jurugambar ROSNI MASRI di rumahnya semalam mengenai kemelut yang berlaku dan kesediaannya untuk hidup bersendirian selepas ini tanpa suami.



UTUSAN: Boleh beritahu apa sebenarnya yang berlaku?



CHE HASNAH: Bekas suami kuat (taksub) kepada parti Pas. Saya ini asal-asal lagi Barisan Nasional (BN), dia asal Pas. Tetapi jodoh dengan dia, tak mengapa. Selama kenal tak ada apa-apa, kalau dia cakap pasal parti Pas saya senyap, begitu sebaliknya.



Tetapi akhir-akhir ini, dia mungkin dihasut rakan-rakannya dalam Pas. Dua, tiga hari sebelum bercerai dia nampak lain, selepas itu, dia kata awak nak ikut parti saya tak? Kalau tak nak ikut, saya tinggalkan awak. Saya beritahu saya ahli UMNO.



Dia kata tak apalah, dia pun balik ke rumah anaknya. Barang-barangnya di rumah ini pun diminta supaya cucunya datang ambil.



Sebelum ini, saya hadir ke program Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dia tidak kisah. Dia tidak marah, senyap sahaja. Tetapi akhir-akhir ini berbeza.



Kenapa tidak ikut permintaan bekas suami supaya sertai Pas?



Saya tak mahu sebab Pas banyak kerenah. Tengok, apa yang Pas buat untuk bantu orang Melayu, tetapi Pas tolong orang Cina. Sekarang di Kelantan, orang Cina yang banyak Pas bantu. Sekarang Nik Aziz (Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) banyak beri tanah kepada orang Cina. Sekarang Pas pentingkan orang Cina, tidak pentingkan orang Melayu lebih-lebih lagi orang UMNO.





Bukankah Pas dakwa perjuangkan Islam?



Itu Pas kata, tetapi sebenarnya tidak begitu. Tengok apa yang terjadi, bercerai-berai kerana dasar Pas, kalau dasar UMNO tidak begitu. UMNO satukan orang Melayu dan Islam. Kita pun tahu juga, sebab kita tengok berita di televisyen, tetapi bekas suami tidak tengok berita di televisyen dan surat khabar, yang dia baca hanya Harakah.



Selama 14 tahun kami boleh bersama, tak berbalah, tetapi hanya kebelakangan ini sejak kerap pergi dengar ceramah Pas termasuk di Pejabat Penerangan Pas Kelantan. Mungkin waktu itu dia kena hasut.





Awal perkahwinan dahulu tak ada masalah?



Tak ada masalah, dia baik sangat. Tetapi sekarang sebab parti kami bercerai-berai. Masa mula ambil borang cerai, mahkamah tanya sebab mahu bercerai, dia kata kami tak sehaluan. Semasa depan hakim, dia kata mahu bercerai dan saya pula setuju. Dia pun lafaz cerai.



Bagaimana perasaan ketika itu?



Tidak rasa apa-apa. Dia selalu anggap parti dia lebih Islam dan menjamin syurga. Tetapi pada saya tidak. Kalau amalan baik, parti mana-mana pun Tuhan akan tilik hati kita, kalau baik bolehlah masuk syurga itu pun dengan rahmat Allah.



Sepanjang 14 tahun, macam mana pegangan bekas suami terhadap partinya?



Kuat, kalau sembahyang orang BN dia tak ikut. Sebelum nikah, orang BN meninggal dunia dia tak pergi, lepas bernikah saya kata tak boleh, sekampung kena pergi.



Kalau pergi ke program UMNO, bekas suami ada ikut sama?



Dia tak pergi, tetapi dia tak larang saya hadir program itu.



Macam mana boleh timbul mahu bercerai?



Cerai kerana saya tak ikut parti dia, mungkin kerana dia kena hasut.



Bekas suami kata sedia rujuk semula dengan bersyarat?



Saya tak mahu rujuk, elok seorang sahaja sekarang. Dia hendak beri syarat supaya saya ikut parti dia, saya tak mahu. Saya tak mahu masalah berulang lagi. UMNO pejuang Islam sebenar, yang tolong dan bela orang Melayu.







Bekas suami selalu ke ceramah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat?



Ya, sebab itulah jadi macam itu, tak tahu apa yang Nik Abdul Aziz beritahu.



Apa perancangan selepas ini?



Tak ada apa, mengajar al-Quran sahaja, mula pukul 3 petang, berhenti solat Asar dan sambung lagi sampai pukul 7 petang.



Sedih dengan apa yang berlaku?



Sedih kerana ia berlaku disebabkan parti. Masalah ini berlaku bukan kerana apa, tetapi kerana parti. Dasar Islam apa dalam Pas, saya pun tak tahu. Masalah ini tidak akan berlaku dalam UMNO kerana UMNO satukan orang Melayu. Saya terkilan kerana dia tak sedar-sedar dan tetap menganggap hanya partinya yang Islam.

COMMENTS

Name

#PengkalanKubor,4,100 hari,9,13 mei,4,50 Dalil,11,505,2,66 tahun,1,Abby Abadi,7,ABIM,2,Adun Ladang,6,Adun Pas,2,Agama,61,Agama dan Politik,67,Ahmad Said,3,Air,1,Al-Quran,2,Allah,1,Altantuya,3,Amanat Haji Hadi,4,Ambiga,2,Amerika Syarikat,1,Antarabangsa,4,Anti Pengkhianat,119,Anwar,41,ANWAR 901,11,Anwar Ibrahim,64,ANZ,1,Arab Spring,1,Arak,1,Artis,40,Azhar Idrus,7,Azmin,7,BadrolAmin,4,Badut,2,Bajet 2014,1,Bala,2,Balak,1,Barisan Nasional,1,BEBAS,2,Belia,1,Bendera,1,Berita,16,BERSHIT,1,Bersih,20,BERSIH 3.0,9,Bersih Mesir,1,Bible,1,Bisnes,5,Blackout 505,15,BR1M,7,Calon PRU 13,5,CF,1,Dakwah,2,Dalam Negeri,140,DAP,76,DAP Ganti PAS,34,Dap Haram,4,Debat,3,Dedah,5,Deepak,1,Demo,2,Derhaka,1,DFK,1,Doa,1,Doa PAS,3,DS Najib,12,DUN Terengganu,1,Dunia,35,eksklusif,2,Eksklusif PRU 13,134,Ezam,1,Featured,2,Felda,8,Fitnah,3,Forum,1,Gangnam,1,GAY,1,Gereja,1,GST,1,Guru,1,Hadi Awang,29,Haji,2,Haron Din,1,Harun Din,2,Hasad,1,Hasan Ali,20,Hiburan,43,HIMPUN,7,Hina,2,Hina Agong,2,Hina Islam,6,Hipokrit,1,Hudud,4,Husam Musa,1,Info,133,Ingat Dok Lagi,1,Inkues TBH,2,Irene Fernandez,1,Islam,8,Israel,2,Janji,1,Janji Bershit,1,Janji Ditepati,1,Jenayah,135,Jerebu,1,Jet,1,Jinggay,2,kaabah,1,kabinet,1,Kalimah Allah,14,Karpal,5,Kedah,8,Kelantan,4,Kesihatan,3,KFC,1,Khairy KJ,3,Khalwat,2,Kiram,1,Kisah dari kubur,1,KL226,1,konvensyen,1,Kristian,4,Kualiti,1,Kuasa Allah,23,KUIN,2,Ladang,1,Lahad Datu,2,Lembu Pas,11,LGBT,2,Lim Guan Eng,5,Lim Kit Siang,1,Liwat,8,Luar Negara,7,Lynas,3,Macam-macam,42,Mahasewel,1,Mahasiswa,1,Mahathir,7,Majlis Peguam,1,Mak Chili,1,Malaysiakini,1,manifesto,1,manifesto PRU13,3,Marang,3,Mat Sabu,10,Mekah,1,Melayu,1,Memali,1,Mesir,2,MH370,9,Mimpi,1,MNLF,1,Muhyiddin,4,Murtad,12,Muslimah PAS,3,Nasharudin,3,Nasyid,2,Nazmi Faiz,1,Nazmi Faiz Mansor,1,NijabRazak,1,Nik Aziz,32,Nizar,2,Nurul Izzah,3,Old Town White Coffee,3,ops daulat,131,Ops Sulu,127,Paka,2,Pakatan,27,Palestin,10,Panazs,39,Parlimen,1,Pas,91,PAS Kedah,4,PAS Kelantan,3,Pas Lembu,5,PAS Pembohong,5,PAS Seleweng,7,PAS Sesat,12,PAS ZALIM,134,PASAR PAYANG,4,Pasca PRU 13,17,Pelancongan,2,Pelawak,2,Pelik,6,Pembohong,3,Penang,2,Pendeta,1,Pengajaran,1,Pengkhianat,4,penyolong pakatan,1,Pesanan,1,Petronas,2,PKNS,1,PKR,17,PKR ZALIM,82,PNB,1,POLIS,3,Politik,663,PRK DUN KAJANG,2,PRK Kajang,1,Prk Sungai Limau,7,PRK Terengganu,92,PRU 13,12,PRU DUN Sarawak x10,16,Psy,2,PTPTN,7,rafizi,1,Rafizi Ramli,4,Rahim Noor,1,Raja Bahrin,8,Rakyat,1,Ramadhan,2,RBA,1,Red Bean Army,4,Red Bean Arny,1,Reformasi 901,3,Rencana,3,Renungan,3,Republik,1,Resign,1,Rhu Rendang,1,Ridhuan Tee,2,Royalti,2,RPK,1,Saifudin Nasution,1,salib,1,saman,2,Sejarah,2,seks,3,Seks bebas,24,Selangor,3,selebriti,1,Selebtiri,1,semada,2,semasa,1340,SemasaInfo,1,semass,3,Sesat,3,Sidang Dun Terengganu,4,Sinar,1,Sinar Harian,1,Skandal,29,Sketsa,3,Songsang,2,sosial,2,SPR,1,Stadium,2,STP,2,subsidi,2,Sukan,80,Sukma 2012,2,Sukma Pahang,1,Sukma Pahang 2012,1,Syaitan,1,Syed Azman,1,Syiah,6,Tahun Baru Cina,2,Tanah,1,Tazki,1,Tazkirah,52,Tengku Mahkota Johor,1,Terengganu,40,Terkini,96,Tian Chua,3,TNB,1,Toksid,2,Tonggeng,1,Tragedi,64,Tragedi semasa,2,TUKAR,1,Tyson,1,Ulama,2,UMMI HAFILDA,2,UMNO,8,Unit Amal Pas,1,USA,1,Ustaz Azhar,2,Ustaz Kazim,1,Utusan,6,Vatican,1,Video Seks,35,Wacana,2,Wan Azizah,1,Whatsapp,1,Yahudi,9,Zakat,1,Zal,1,Zionis,2,Zoo Kemaman,1,Zul Nordin,3,
ltr
item
Ku Lihat Langit Biru: Cerai kerana berbeza parti...
Cerai kerana berbeza parti...
Ku Lihat Langit Biru
http://www.kulihatlangitbiru.com/2012/07/cerai-kerana-berbeza-parti.html
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/2012/07/cerai-kerana-berbeza-parti.html
true
4940700211240476214
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy