"Anak Haram" mahu tukar jalur gemilang...

AIDCNews – 31/08/12 – YB Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor pernah memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat mahu menukar sistem negara Malaysia dari Raja Berpelembagaan kepada Negara Republik sepertimana negara Indonesia dan Turki.



“Ahli Parlimen Permatang Pauh ni saya namakan (sebagai) kepala keretapi..Kalau dengan kepimpinan Kepala Keretapi mereka berjaya ke Putrajaya..katakan mereka dapat 2/3 daripada Parlimen..



“Sebagaimana yang disebut-sebut..makalah-makalah diberikan kepada saya..dalam wacana-wacana juga saya dilibatkan..mereka nak menukar negara ini daripada sistem demokrasi kepada sistem Republik”, katanya dalam Program Selamatkan Aqidah, di Padang Bukit Jelutong, Permatang Pasir, Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 7 April.



Anwar dalam ceramah-ceramhnya di luar negara sering menyebut-yebut Indonesia dan Turki merupakan model negara demokrasi dalam dunia Islam.







Hari ini dalam twitter Najwan Halimi, beliau memuji tindakan anak muda mengibarkan bendera ‘Sang Saka Malaya’ semasa sambutan ambang Merdeka di Dataran Merdeka anjuran NGO pro pembangkang yang berslogankan ‘Janji Bersih’ atau ‘Janji Demokrasi’.



“Sang Saka Malaya akhirnya dikibarkan oleh anak-anak muda!,”kata Najwan yang merupakan pegawai Anwar di pejabat Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor.



Sang Saka Malaya merupakan bendera yang direstui oleh PR menggantikan bendera Jalur Gemilang yang telah digunakan rakyat Malaysia sebelum ini.



Penganjur Janji Demokrasi yang menganjurkan sambutan kemerdekaan itu, Datuk A Samad Said sebelum mencipta tema ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ yang diterima pakai sebagai tema PR menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-55.

TAG