Nik Aziz tak kenal Fathul Bari...

“Tidak payah guna surat untuk mengajak saya berbincang isu hudud ini. Siapa dia, saya tidak kenal dia, dia pun tidak kenal saya”



Demikian luahan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung surat rasmi dihantar Pengerusi Sekretariat Ulama Muda

Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya kepadanya bagi membincangkan isu hudud.



Nik Aziz mempertikaikan tindakan Fathul Bari yang disifatkan lebih gemar membuat bising di akhbar mengenai surat rasmi tersebut.



Beliau berkata, sewajarnya Fathul Bari perlu bersemuka secara terus dengannya sekiranya ikhlas untuk membincangkan isu hudud secara terperinci dan bukannya membuat kecoh dalam media arus perdana itu.



“Kalau dia (Fathul Bari) hendak jumpa saya, dia patut jumpa saya secara seorang tidak payah buat bising dalam surat khabar,” katanya selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri, semalam.



Selain itu, Nik Aziz berkata, sehingga kini beliau sendiri belum menerima dan membaca lagi isi kandungan surat rasmi itu.



Semalam, Sinar Harian melaporkan Ilmu telah menghantar surat rasmi untuk bertemu Nik Aziz bagi tujuan membincangkan isu hudud secara serius dan profesional, bukannya bertikam lidah.



Dalam laporan itu, Pengerusinya, Fathul Bari berkata bagaimanapun pihaknya belum mendapat sebarang maklum balas daripada Nik Aziz.



Komen Abu Aqif:

Time diaorang tulis surat boleh pulak.. Time kita tulis surat tak boleh.. Diaorang buat apa semua boleh.. Kita buat semua tak boleh.. Apa da..



Lepas tu, boleh pulak dia kata belum baca surat tu lagi. Ada ka patut. Kerja senang macam ni pun tak boleh buat ke..? Camna nak memerintah negara..?



Aku dulu masa sekolah rendah pernah hantar kad raya kat Tun M. Aku tulis kat sampul surat tu "Perdana Menteri Malaysia" je... Aku tak tulis alamat pun sebab tak tau alamat. Ala.. time budak kecik, mana la kita tau.. Bukan kata tak sampai. Aku siap dapat balasan lagi.. Takkan nak bagi alasan alamat kot. Kan dah terang tulis nama TG Nik Aziz tu. Come on la.. dah memerintah berapa lama kat Kelantan, takkan bab surat pun fail.



Lepas tu menipu pulak.

Dia kata "siapa Fathul Bari.." Kalau tak kenal, sah la tak boleh jadi ketua lagi. Yang anak buah dia semua dok berforum dengan UFB tu apa..??

TG Nik Aziz tak dapat report ke..?



Kata perjuang agama. Ni orang dok ajak muzakarah pasal agama la ni. Bagi alasan banyak² apa pasai...



Ps:dah jadi orang besar dah tak kenal orang di bawah yer...
TAG