NURUL IZZAH; Kebebasan beragama.!!


 








Kata orang kalau kita jahil soal agama, usah berbicara mengenainya
kerana mungkin apa yang kita ungkapkan diterima oleh orang lain
lebih-lebih lagi jika seseorang itu bergelar wakil rakyat.




Sekarang ini ramai yang menjual agama untuk meraih sokongan politik,
segala hukum-hakam, hadis, surah dilacurkan tanpa sedikit pun rasa malu
mereka kepada Allah SWT.




Begitulah yang cuba dilakukan oleh Nurul Izzah Anwar apabila nekad
membawa fahaman pluralisme ke dalam masyarakat kita. Pluralisme agama (religious pluralis) adalah di antara fahaman baru yang diusung oleh PKR. 




Trend pemikiran ini wujud di atas dasar kebebasan, golongan pluralisme
ini yakin bahawa agama hanyalah persepsi manusia yang relatif terhadap
tuhan yang mutlak, maka seluruh agama tidak boleh mengatakan bahawa
agama yang dianuti mereka lebih diyakini benar dari agama-agama lain.




Kenyataan Nurul Izzah Anwar dalam
satu forum yang telah mendapat kencaman ramai pihak jelas menggambarkan
di negara kita percubaan membawa fahaman baru ini sedang giat dijalankan
melalui parti-parti politik pembangkang. Lagi...

TAG