Perlukah Nurul Izzah mengucap kembali???





Pendapat Tun Mahathir mengenai kenyataan Nurul Izzah..



Semakin ramai meyokong kata-kata Nurul Izzah Anwar... Ini pendirian saya dalam konteks ni,



1. Memang betul MELAYU itu BANGSA, ISLAM itu AGAMA, semua orang tahu, budak tadika pun faham maksud dia.



2. Cuma, yang anda (pihak pembangkang) tak faham , kerajaan kita nak jaganya orang Islam ni sampai "KUNCI" perlembagaan yang tertulis secara ringkasnya "Siapa Melayu maka dia Islam, siapa Islam maka dia Melayu" Jadi keistimewaan orang Melayu tertulis dalam perlembagaan adalah hak orang MELAYU yang juga orang ISLAM



3. Memang betul, ISLAM tidak memaksa sesiapa pun untuk memeluk agama Islam. Sebab itu kita hanya benar orang bukan Islam untuk menukar agama mereka kepada orang Islam (BUKAN PAKSAAN)



4. Nurul Izzah ingin menampakkan mereka ini "BEBAS BERSUARA" yang bermakna, semua orang bebas nak pilih agama mereka walaupun mereka Melayu (yang sememangnya Islam)



5. ada pulak kata, Islam tu bukan hak Melayu semata-mata, YA, betul bukan hak Melayu semata-mata sebab itu sesiapa pun boleh peluk agama Islam tetapi orang BUKAN ISLAM dilarang untuk menyebarkan kepada orang Islam.



6. ada lagi yang kata ; "Maksud ayat izzah tu bertepatan dengan ayat dalam surah al Baqarah, "tiada paksaan dalam agama (Islam)". Kalau dikaji tafsiran para ulama tafsir zaman berzaman, ayat tu bermaksud "x de paksaan utk masuk Islam" bukan "x de paksaan utk amalkan Islam". Bermakna, perbuatan menasabkan melayu tu confirm Islam adalah satu benda yg x betul."



7. Kenapa berkata demikian? Adakah ia bermaksud orang Islam hari ini , TIDAK ADA PAKSAAN untuk mengamalkan ISLAM? Maknanya mereka lebih bebas begitu?



8. PERSOALAN PERTAMA : Kenapa dia boleh pergi forum yang dianjurkan oleh gereja ?

PERSOALAN KEDUA : Kenapa dia cakap semua bangsa ada hak sama rata untuk memilih agama?

PERSOALAN KETIGA : Kenapa nak mempersoalkan agama sedangkan semua ni memang dah tertakluk kepada perlembagaan sejak dulu lagi? di mana MELAYU ialah ISLAM dan ISLAM ialah MELAYU dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA ?

PERSOALAN KEEMPAT : Adakah dia bermaksud, anak kita nanti boleh pilih nak ISLAM atau agama lain macam mana bangsa lain buat?

TAG