TERKINI ! Jawapan PM @NajibRazak Tentang Hadi Awang Bertanding Di Pekan!







Di bawah adalah respons PM Najib Razak kepada polemik murahan isu Hadi Awang mahu bertanding di Pekan, Pahang.





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak fikir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan bertanding di Parlimen Pekan yang diwakilinya dalam pilihan raya umum akan datang.



“Saya tidak fikir ini akan berlaku,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) di Pusat Konvensyen Nasional di Vientiane, Vietnam pada Isnin.

Najib diminta mengulas laporan media di Malaysia bahawa Hadi menyatakan hasratnya untuk bertanding di mana sahaja yang diputuskan oleh PAS, malah di kawasan Parlimen Pekan sekalipun.

“Siapa nak bertanding (di Pekan), bertandinglah,” kata Najib.

Najib menjadi Anggota Parlimen Pekan sejak 1976. Hadi pula ialah Anggota Parlimen Marang - Bernama.

Sebenarnya MiM tersenyum sinis apabila mengetahui Hadi Awang 'bercadang' untuk bertanding di Pekan, Pahang dan membaca respons daripada pemimpin-pemimpin PAS yang dangkal telahan mereka.



Mereka sekadar memberi alasan yang tidak munasabah tetapi kenyataan itulah yang didendangkan kepada rakyat. Perkara sebegini pun boleh disensasikan dengan begitu mudah walau pun realitinya, ketua sesebuah parti politik itu tidak akan memperjudikan karier politik mereka.



Malah, kepimpinan lain di dalam parti tersebut tidak mungkin mahu ketua mereka bertanding di kawasan yang bukan kerusi selamat kecuali jika kepimpinan parti politik itu memang berhasrat mahu menamatkan karier politik ketua mereka for what ever reasons!



Senario ini adalah satu strategi politik yang diketahui dan diterima umum. No hal!



Maka apabila Hadi Awang mengeluarkan kenyataan mahu bertanding di Pekan, kita sepatutnya menerimanya sebagai satu jenaka politik yang tidak perlu diambil serius.



Kita bukan takbur tetapi dalam masa yang sama, kita juga tidak mahu pemimpin-pemimpin politik terlalu memperjudikan nasib tanpa membuat pengiraan dan keberangkalian.



Biarlah politik negara ini bersandarkan kepada kematangan dan kewarasan.

TAG