HKR: sambutan awal yang hampes...

Nampaknya segala usaha dan kempen pembangkang untuk mengumpulkan 1 juta orang tidak akan menjadi kenyataan kerana diberitakan acara awal HKR kurang mendapat sambutan sebagaimana diharapkan.

Dikhabarkan daripada lokasi iaitu di padang kelab sultan sulaiman tidak sampai 5000 orang hadir mengimarahkan program pihak pembangkang.

Adakah ini petanda awal perhimpunan esok bakal menjadi jalan mati perjuangan pembangkang untuk menjatuhkan imej kerajaan BN.

Adakah impian pembangkang untuk menimbulkan kekacauan esok sekali lagi akan gagal.

Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan sambutan penyokong mereka terhadap program pembukaan yang sedang berlangsung sekarang ialah pembangkang sekali lagi gagal mencapai objektif perhimpunan kali ini.