Kristian mula naik tocang.

Kita sedia maklum bahawa penyokong PAS percaya bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS.  Tetapi, pelik sekali apabila PAS atau pemimpin PAS d...

Kita sedia maklum bahawa penyokong PAS percaya bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS.  Tetapi, pelik sekali apabila PAS atau pemimpin PAS dihina mereka marah, bila Islam atau orang Islam dihina mereka membisu, atau kalau marah pun secara berlapik dengan belitan-belitan indah agar musuh Islam tidak tersinggung.   Contohnya apabila pemimpin DAP mengutuk tindakan orang Islam yang berdemo menentang filem yang menghina Rasulullah SAW PAS membelanya atas alasan beliau bukan Islam dan tidak faham Islam.  


Dan baru semalam, perkara yang hampir sama berlaku, apabila Patrick Teoh menyumpah-nyumpah di dalam laman sosialnya kerana tidak puas hati dengan larangan yang dikenakan dalam persembahan hiburan di Kedah.   Walaupun larangan tersebut telah ditarik balik oleh PAS, seperti yang dijangka, tetapi kemarahan Patrick Teoh telah pun diluahkan dan sudah terlambat untuk beliau menafikannya. 


Apa yang diluahkan oleh Patrick menggambarkan kebencian dan marah yang amat sangat, bukan terhadap tindakan PAS tetapi terhadap Islam kerana beliau tentunya turut terpedaya kononnya Islam itu PAS dan apa yang PAS lakukan pastinya selari dengan Islam.  


Mudah kita menyalahkan PAS dalam hal ini, tetapi kita tidak harus mengenepikan hakikat kebencian dan kemarahan Patrick yang tulen dan asli, iaitu yang datang dari dalam lubuk sanubarinya terhadap Islam. 


Mudah juga kita menepis dengan berkata Patrick bersikap demikian kerana tersalah faham mengenai Islam tetapi apakah ini benar?  Kenapakah kita perlu memberi alasan bagi pihak Patrick sepertimana PAS sering memberi alasan bagi pihak DAP? 


Terdapat kemungkinan bahawa kebencian Patrick terhadap Islam itu adalah semulajadi dan tanpa sebab atas dasar Evangelisme atau perjuangan Kristian sejati?  Jika benar, apakah semua penganut Kristian di Malaysia berkongsi kebencian yang sama terhadap umat Islam?   Sedangkan, kedua-dua agama menyeru kepada perdamaian, malah terdapat ayat khas mengenainya yang wajib dipegang oleh orang Islam iaitu �untuk mu agamamu dan untukku agamaku�. 


Sekiranya kebecian seperti itu benar wujud maka tidak mustahil ia sedang merebak serta semakin membara di kalangan masyarakat Kristian.   Dan kenyataan Patrick yang langsung tidak berlapik dan tidak berfikir panjang adalah bukti bahawa masyarakat Kristian semakin biadab kerana sengaja mencabar umat Islam agar berhadapan dengan mereka.  


Cabaran ini dibuat kerana mereka melihat umat Islam semakin lemah.   Apatah lagi apabila PAS yang kononnya simbol Islam itu sendiri asyik membuat U-turn, flip-flop dan terhegeh-hegeh membontoti Kristian DAP.    Isu murtad, Injil berbahasa Melayu dan kalimah Allah adalah ujian tertinggi dalam mencari ukuran tepat kekuatan Islam di Malaysia.  


Dan apa yang dapat dilihat ialah umat Islam begitu sukar untuk bersatu untuk mempertahankan kesemua isu yang melibatkan akidah ini, malah sanggup bertekak sesama sendiri kerana satu pihak enggan mempertahankannya. Hanya sehari dua, sejak bertahun-tahun lepas, PAS akhirnya turut bersetuju dengan UMNO bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam kitab agama lain.  Itupun tanpa mengakui kesilapan lalu dan tanpa menghulurkan tangan tanda berpegang pada pendirian yang sama dengan UMNO.  Pendek kata, permusuhan dan perpecahan tetap kekal di kalangan umat Islam walaupun pada dasarnya mereka bersetuju dalam isu ini. 


Inilah yang UMNO khuatirkan sehingga memaksa parti itu beberapa kali sanggup merendah diri menghulur tangan persahabatan kepada PAS.  Namun, setiap kali juga ditolak mentah-mentah oleh PAS sambil tangan mereka merangkul erat Kristian DAP.   Mana-mana pemimpin PAS yang bernada sama dengan UMNO akan dipecat, ditekan atau dianak-tirikan, konon pembelot.  


Lebih dahsyat lagi apabila Amanat Hadi yang menjadi akar kepada perpecahan ummah yang paling tragic iaitu sehingga menyebabkan pertumpahan darah, penceraian dan putus saudara masih terus terawang-awang, iaitu boleh dipegang atau boleh juga dilepaskan, terpulang kepada penyokong PAS itu sendiri.   Selagi ia terawang-awang, selagi itulah penyatuan umat Islam menjadi sukar, malah mustahil.   Apatah lagi apabila dicelah-celah itu, Nik Aziz juga telah menambahkan lagi arang dan minyak ke dalam Amanat ini dengan memberi gambaran bahawa UMNO murtad. 


Atas semua yang berlaku inilah maka puak Kristian semakin naik tocang kerana mereka tahu, yang PAS akan sentiasa membela dan menyebelahi mereka biarpun mereka memijak-mijak AlQuran di hadapan mata PAS.  Mereka yakin, pasti ada pemimpin PAS yang memberi alasan bahawa tindakan itu tidak salah kerana dilakukan oleh bukan Islam yang tidak faham Islam.   Lalu, umat Islam lain pun menjadi serba-salah kerana yang berkata demikian adalah PAS, dan PAS itu adalah Islam, mengikut fahaman mereka. 


Apapun, Patrick Teoh tidak boleh dilepaskan begitu saja walaupun PAS mungkin akan berdemo membelanya.   Kejahilan mengenai Islam bukan alasan kerana beliau tinggal di negara Islam dengan umat Islam sebagai majoriti.    Patrick Teoh wajib meminta maaf, sebagai seorang yang bertamadun, berpelajaran dan sebagai Kristian yang baik.  


Semoga episod ini bukan sahaja menjadi pengajaran kepada beliau, tetapi juga kepada semua Umat Islam dan rakyat Malaysia dari berbagai kaum dan agama.   Adalah penting untuk kita semua bersatu dan menghapuskan prasangka buruk serta kebencian sesama sendiri sebelum terlambat.   Jangan membiarkan keghairahan pemimpin politik untuk berkuasa mempengaruhi pemikiran rasional kita.   Kita telah hidup aman damai selama beberapa dekad, kenapa kita perlu menukar keadaan ini hanya kerana kebodohan orang-orang politik?


COMMENTS

BLOGGER: 1
Loading...
Name

#PengkalanKubor,4,100 hari,9,13 mei,4,50 Dalil,11,505,2,66 tahun,1,Abby Abadi,7,ABIM,2,Adun Ladang,6,Adun Pas,2,Agama,61,Agama dan Politik,67,Ahmad Said,3,Air,1,Al-Quran,2,Allah,1,Altantuya,3,Amanat Haji Hadi,4,Ambiga,2,Amerika Syarikat,1,Antarabangsa,4,Anti Pengkhianat,119,Anwar,41,ANWAR 901,11,Anwar Ibrahim,64,ANZ,1,Arab Spring,1,Arak,1,Artis,40,Azhar Idrus,7,Azmin,7,BadrolAmin,4,Badut,2,Bajet 2014,1,Bala,2,Balak,1,Barisan Nasional,1,BEBAS,2,Belia,1,Bendera,1,Berita,16,BERSHIT,1,Bersih,20,BERSIH 3.0,9,Bersih Mesir,1,Bible,1,Bisnes,5,Blackout 505,15,BR1M,7,Calon PRU 13,5,CF,1,Dakwah,2,Dalam Negeri,139,DAP,76,DAP Ganti PAS,34,Dap Haram,4,Debat,3,Dedah,5,Deepak,1,Demo,2,Derhaka,1,DFK,1,Doa,1,Doa PAS,3,DS Najib,12,DUN Terengganu,1,Dunia,35,eksklusif,2,Eksklusif PRU 13,134,Ezam,1,Featured,2,Felda,8,Fitnah,3,Forum,1,Gangnam,1,GAY,1,Gereja,1,GST,1,Guru,1,Hadi Awang,29,Haji,2,Haron Din,1,Harun Din,2,Hasad,1,Hasan Ali,20,Hiburan,43,HIMPUN,7,Hina,2,Hina Agong,2,Hina Islam,6,Hipokrit,1,Hudud,4,Husam Musa,1,Info,133,Ingat Dok Lagi,1,Inkues TBH,2,Irene Fernandez,1,Islam,8,Israel,2,Janji,1,Janji Bershit,1,Janji Ditepati,1,Jenayah,135,Jerebu,1,Jet,1,Jinggay,2,kaabah,1,kabinet,1,Kalimah Allah,14,Karpal,5,Kedah,8,Kelantan,4,Kesihatan,3,KFC,1,Khairy KJ,3,Khalwat,2,Kiram,1,Kisah dari kubur,1,KL226,1,konvensyen,1,Kristian,4,Kualiti,1,Kuasa Allah,23,KUIN,2,Ladang,1,Lahad Datu,2,Lembu Pas,11,LGBT,2,Lim Guan Eng,5,Lim Kit Siang,1,Liwat,8,Luar Negara,7,Lynas,3,Macam-macam,42,Mahasewel,1,Mahasiswa,1,Mahathir,7,Majlis Peguam,1,Mak Chili,1,Malaysiakini,1,manifesto,1,manifesto PRU13,3,Marang,3,Mat Sabu,10,Mekah,1,Melayu,1,Memali,1,Mesir,2,MH370,9,Mimpi,1,MNLF,1,Muhyiddin,4,Murtad,12,Muslimah PAS,3,Nasharudin,3,Nasyid,2,Nazmi Faiz,1,Nazmi Faiz Mansor,1,NijabRazak,1,Nik Aziz,32,Nizar,2,Nurul Izzah,3,Old Town White Coffee,3,ops daulat,131,Ops Sulu,127,Paka,2,Pakatan,27,Palestin,10,Panazs,39,Parlimen,1,Pas,91,PAS Kedah,4,PAS Kelantan,3,Pas Lembu,5,PAS Pembohong,5,PAS Seleweng,7,PAS Sesat,12,PAS ZALIM,134,PASAR PAYANG,4,Pasca PRU 13,17,Pelancongan,2,Pelawak,2,Pelik,6,Pembohong,3,Penang,2,Pendeta,1,Pengajaran,1,Pengkhianat,4,penyolong pakatan,1,Pesanan,1,Petronas,2,PKNS,1,PKR,17,PKR ZALIM,82,PNB,1,POLIS,3,Politik,654,PRK DUN KAJANG,2,PRK Kajang,1,Prk Sungai Limau,7,PRK Terengganu,92,PRU 13,12,PRU DUN Sarawak x10,16,Psy,2,PTPTN,7,rafizi,1,Rafizi Ramli,4,Rahim Noor,1,Raja Bahrin,8,Rakyat,1,Ramadhan,2,RBA,1,Red Bean Army,4,Red Bean Arny,1,Reformasi 901,3,Rencana,3,Renungan,3,Republik,1,Resign,1,Rhu Rendang,1,Ridhuan Tee,2,Royalti,2,RPK,1,Saifudin Nasution,1,salib,1,saman,2,Sejarah,2,seks,3,Seks bebas,24,Selangor,3,selebriti,1,Selebtiri,1,semada,2,semasa,1334,SemasaInfo,1,semass,3,Sesat,3,Sidang Dun Terengganu,4,Sinar,1,Sinar Harian,1,Skandal,29,Sketsa,3,Songsang,2,sosial,2,SPR,1,Stadium,2,STP,2,subsidi,2,Sukan,80,Sukma 2012,2,Sukma Pahang,1,Sukma Pahang 2012,1,Syaitan,1,Syed Azman,1,Syiah,6,Tahun Baru Cina,2,Tanah,1,Tazki,1,Tazkirah,52,Tengku Mahkota Johor,1,Terengganu,40,Terkini,96,Tian Chua,3,TNB,1,Toksid,2,Tonggeng,1,Tragedi,64,Tragedi semasa,2,TUKAR,1,Tyson,1,Ulama,2,UMMI HAFILDA,2,UMNO,8,Unit Amal Pas,1,USA,1,Ustaz Azhar,2,Ustaz Kazim,1,Utusan,6,Vatican,1,Video Seks,35,Wacana,2,Wan Azizah,1,Whatsapp,1,Yahudi,9,Zakat,1,Zal,1,Zionis,2,Zoo Kemaman,1,Zul Nordin,3,
ltr
item
Ku Lihat Langit Biru: Kristian mula naik tocang.
Kristian mula naik tocang.
http://lh5.ggpht.com/-rMe_CRZWdPs/UPoKe8IfrLI/AAAAAAAAAB8/UXwBZ_kECig/s400/396164_197203227091167_1775191595_n.jpg
http://lh5.ggpht.com/-rMe_CRZWdPs/UPoKe8IfrLI/AAAAAAAAAB8/UXwBZ_kECig/s72-c/396164_197203227091167_1775191595_n.jpg
Ku Lihat Langit Biru
http://www.kulihatlangitbiru.com/2013/01/kristian-mula-naik-tocang.html
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/2013/01/kristian-mula-naik-tocang.html
true
4940700211240476214
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy