Menang Pampasan Kerana Isterinya Berzina







Seorang lelaki yang berasal daripada Peterborough, Britain dalam kebingungan sama ada beliau harus bersedih atau gembira setelah memenangi kes saman terhadap isterinya dengan  pampasan sebanyak 25  ribu pound sterling.



Beliau mengemukakan saman penipuan setelah mengetahui anak perempuan yang dibesarkan selama ini bukanlah anak kandungnya hasil ujian DNA.



Mereka dikurniakan dengan dua orang anak, Laura dan Adam. Selepas kelahiran anak kedua mereka, rumahtangganya mula goyang dan memaksa mereka bercerai. Isterinya yang diberi hak penjagaan kedua-dua anaknya, terus menghilangkan diri. Rodwell terpaksa membayar 300 pound sebulan sebagai kos saraan untuk kedua anaknya.





Empat tahun selepas bercerai, beliau mendapat berita yang anak perempuannya bukan anak kandungnya. Isterinya telah berlaku curang dengan seorang guru di dalam 'caravan'.



Walaupun hasil ujian DNA mengesahkan yang Laura bukan anaknya, tapi ia merahsiakannya daripada Laura. Apa yang beliau kesalkan ialah hasil hasutan ibunya, Laura kini sudah jauh berubah, malah berani pula menunjukkan isyarat lucah kepadanya apabila terserempak. Kesan daripada itu juag Rodwell bercadang ingin melakukan ujian yang sama kepada anak kedua mereka, Adam. Beliau juga bimbang bahawa kemungkinan Adam bukan anaknya.



Selain menerima wang pampasan sebanyak 12,500 pounds untuk setiap kanak-kanak, dia juga memenangi perintah mahkamah untuk memaksa bekas isterinya keluar dari rumah bersama mereka yang akan dijual dengan harga 119.995 pounds. klik sini



ps: Dunia dengan pelbagai karenahnya.

TAG