Ni baru betul.





TAHNIAH buat UMNO DUN Ladang dibawah pimpinan Dato' Wan Hisham Bin Wan Salleh yang telah berjaya memberi khidmat kepada penduduk kampung sekitar Pasir Panjang dengan menyediakan Van Khidmat Masyarakat untuk ke Hospital Besar Sultanah NurZahirah, Klinik Kesihatan Hiliran dan Klinik air Jernih. Hari ini 06/01/2013 genaplah setahun perkhidmatan tersebut disediakan. Kini telah hampir 500 orang menggunakan khidmat van ini. Van yang bergerak mengambil penumpang pada jam 8 - 10 pagi dan 2 hingga 4 petang setiap hari bekerja ini adalah inisiatif segera dari Dato' Wan Hisham setelah perjumpaaan beliau dengan penduduk kampung sekitar PAsir Panjang pada awal tahun lepas. Ini kerana perkhidmatan Bas bandar tidak melalui jalan tersebut. Pagi tadi seramai 4 orang penumpang bertuah telah menerima hadiah daripada pihak umno dun yang disampaikan oleh Tuan Haji Ismail Bin Mohammad mewakili Dato' Wan hisham. Mereka adalah penumpang yang ke 500. sekali lagi diucapkan jutaan terima kasih dan TAHNIAH buat Dato' Wan Hisham. - FB-Pedang Abu Bakar
TAG