PANAS: KIBLAT SOLAT BERTERABUR, MAKSUDNYA ALLAH TAALA DAH GELAPKAN HATI MEREKA?








Solat adalah tiang agama. Wajib mendirikan solat walau dalam keadaan apa pun. Dan untuk mendirikan solat, perlulah membersihkan diri terlebih dahulu sama ada dengan cara berwuduk atau bertayammum (bergantung kepada keperluan dan situasi). Tidak ada sebarang alasan untuk tidak mendirikan solat. Dan di mana-mana sahaja.


Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum mendirikan solat, termasuklah memulakan proses NAFI, MENAFI, ISBAT, MENGISBAT. Antara perkara penting yang perlu diambilkira ialah KIBLAT. Biarpun ada sedikit keringanan, namun keringanan berkenaan tidak memansuhkan perkara utama yang telah diajarkan oleh Nabi s.a.w, para Sahabat r.a, tabiin dan tabiit tabiin.


Semalam, di Stadium Merdeka, menyaksikan satu fenomena KELAM MATA dan TERHIJAB HATI apabila 'UPACARA SOLAT' menyaksikan arah kiblat bercempera dan lintang-pukang, seolah-olah menunjukkan kepada kita tentang hati para penyokong Himpunan Sokong Shamsidar yang telah dibolak-balikkan oleh Allah Taala sehingga memalukan umat Islam yang sentiasa diajar dan diingatkan tentang ukhwah dan penyatuan.


Barangkali mereka terlebih faham dengan maksud daripada Ayat 115 Surah Al Baqarah dan Ayat 4 Surah Al-Hadid, kut?


Atau barangkali mereka yang bercempera itu terlupa bahawa mereka sebenarnya berada di Stadium Merdeka, bukannya di atas kapal atau kapal terbang, atau kenderaan yang sedang bergerak.


Apa-apa pun, saksikanlah video ini. Yalah, kalau grafik semata-mata, nanti dikatakan melakukan fitnah pula kerana menambah-nambah.


Saksikan video klik sini
TAG