Saya hilang adik beradik, perselisihan mengaibkan - Mohamed







MARANG 7 Jan. - Seorang bekas penyokong tegar Pas, Mohamed Ismail, 65, dari Binjai Rendah dekat sini terpaksa membayar harga yang mahal setelah meninggalkan Pas kerana dia turut dikafirkan dan 'kehilangan' seorang adik serta abang sulungnya yang telah memutuskan ikatan keluarga.



Rakan sekolah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menceritakan apa yang dilaluinya itu suatu yang menyedihkan kerana turut melibatkan anak-anaknya dan berpanjangan sehingga kini, biarpun tinggal berdekatan.



"Saya rasa tidak bersalah dan tidak berdosa kerana meninggalkan Pas yang saya perjuangkan sekian lama. Apabila saya timbangkan baik buruknya parti itu, apatah lagi saya bukan ikut-ikutan, saya belajar agama dan tahu menilai.



"Saya rasa perselisihan ini tidak bermakna dan mengaibkan. Apa boleh buat, tetapi saya berharap kami akhirnya akan bersama semula, biarpun kawan-kawan dahulunya terus menjauh," ujarnya yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Atas Zainal Abidin, Batu Burok.

TAG