APA dah jadi dengan MDM?





Gambar ini dikirimkan oleh seorang rakan tentang keadaan Dewan Sivik Wakaf Tapai yang rosak akibat syiling yang rosak sejak bulan Oktober 2012 tetapi sehingga sekarang masih belum dibaiki.

Pengirim memberitahu bahawa sehingga ke hari ini dewan terbabit masih lagi digunakan untuk majlis besar seperti penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).



Keadaan syiling yang agak uzur itu dibimbangi akan jatuh menimpa orang lain sekiranya tidak dibaiki dengan segera.



Ketika ini tempat yang rosak hanya di bahagian pentas utama namun dibimbangi jika sebarang tindakan tidak diambil segera kemalangan yang mungkin mengancam nyawa akan berlaku kerana malang tidak berbau.



KLIK SINI
TAG