Ashaari selamatkan maruah Terengganu...





Penyerang Terengganu, Ashari Shamsuddin muncul wira apabila dua golnya membantu skuad Penyu membenam Tentera 3-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, petang semalam.

Lebih manis, pemain berusia 28 tahun itu menjaringkan gol kemenangan pada masa

kecederaan, hasil rembatan deras dari luar kotak penalti.

Pemain yang lebih mesra dengan panggilan ‘Saha’ itu turut membantu Mohamad Khairul Ramadhan menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-28 selepas melakukan hantaran cantik.

Bagaimanapun, penyerang import Tentera, Marlon Alex James menyamakan kedudukan 1-1 dengan menanduk masuk tendangan sudut pada minit ke-74.

Saha sekali lagi menjaringkan gol menerusi sepakan kencang ketika kelam kabut dalam kotak penalti pada minit ke-80, selepas pertahanan kiri Terengganu, Zubir Azmi menyempurnakan tendangan sudut. klik SINI untuk laporan lanjut.

TAG