CEO Ditahan Meliwat





Seorang pengurus sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) ditahan polis kerana dipercayai meliwat empat pelajar lelaki berusia 13 tahun dari sebuah sekolah menengah di Brickfields di sini Jumaat lalu.



Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk

Mohmad Salleh berkata, lelaki berusia 40-an itu yang dikenali sebagai 'Abang Civic' ditahan setelah pihaknya menerima aduan daripada guru sekolah tersebut pada 8 Februari lalu.



Katanya, lelaki yang memandu kereta jenis Honda Civic itu mengumpan pelajar yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook dengan pelbagai hadiah sebelum bertemu mangsa dan meliwat mereka di hotel bajet di Sri Petaling di sini.



"Selepas meliwat mangsa, dia akan memujuk mangsa untuk memperkenalkan rakan-rakannya sebelum melakukan perkara yang sama.

TAG