Lacurkan "ISTERI" kerana Jawatan?









Lacurkan "ISTERI" kerana Jawatan? Itulah perumpamaan yang boleh dc katakan tentang perangai, karenah dan taktik pembangkang bagi menarik undi rakyat kepada mereka. Apa sahaja mereka sanggup lakukan demi mencapai matlamat sialan itu.. Lacurkan rakyat demi nak menang pilihanraya. Baca laporan di bawah..










KUALA LUMPUR 25 Feb. - Setelah Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor melalui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui manifesto pembangkang bukanlah janji, ramai termasuk golongan ilmuwan kini skeptikal terhadap setiap janji pakatan tersebut.



Terbaru, golongan akademik, persatuan pengguna dan pengusaha stesen minyak kini memandang sinis manifesto terkini pembangkang yang dilancarkan hari ini terutama berkaitan janji menurunkan harga minyak jika berjaya menguasai Putrajaya kelak.



Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohammad Noorizuddin Nooh berkata, pembangkang seharusnya lebih bertanggungjawab menerangkan mekanisme penurunan itu dengan jelas dan tidak hanya 'berjanji di bibir' bagi memancing undi.



Katanya, ini kerana janji pembangkang mempunyai kesan besar terhadap pendapatan serta nilai saham syarikat minyak negara, Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) serta kesemua anak syarikatnya sama ada di dalam mahupun luar negara.



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130226/px_04/Manifesto-minyak-Pembangkang-perlu-lebih-bertanggungjawab#ixzz2Lyuoik00
© Utusan Melayu (M) Bhd 
TAG