Manifesto PR: Pas Berdosa Tinggalkan Hudud





Libasan maut bertubi-tubi disasarkan kepada Pas yang hanya mampu bertahan menggunakan bentengnya yang semakin hari semakin lemah. Perjuangan Islam Pas yang dikuasai oleh golongan sekular adalah satu perjuangan Islam yang palsu. Tak terdetik sikit pun niat mereka untuk benar-benar tegak atas nama Islam yang sibuk dicanang di sana sini.



Kali ini Pas terus-terusan dimainkan oleh rakan pakatannya yang lain apabila manifesto yang dilancarkan pada Isnin lepas (25hb Feb), tiada langsung disentuh mengenai perlaksanaan hudud. Apa hendak diharap

perlaksanaannya jika perkataan hudud pun tidak tercetak dalam manifesto itu. Pembangkang bimbang perkataan hudud boleh menghancurkan cita-cita mereka. Dan demi menjaga hati rakan pakatan lain, Pas hanya terkebil-kebil apabila perkataan hudud tidak dibenarkan sama sekali dalam manifesto tersebut.





Anwar pernah berkata semasa sesi dialognya pada 2011 bahawa hudud bukanlah sebahagian dasar pakatan rakyat. Beliau terus berdolak dalih apabila diajukan soalan sama ada menyokong atau menentang hudud.



Disaat penyokong tegar Pas ternanti-nanti adakah hudud akan dimasukkan ke dalam manifesto bersama, Anwar sebagai ketua pembangkang merealisasikan pendiriannya berhubung isu hudud dalam manifesto PR..elek..no for hudud...orak eneng...bo liau.



Walaupun manifesto PR dikenali sebagai bukan janji yang wajib ditepati, namun ianya merupakan persetujuan pakatan pembangkang dan akan menjadi rujukan jika ada isu berbangkit. Mana mungkin Pas akan melaksanakan hudud jika manifesto dilihat sebagai dokumen rasmi yang akan dirujuk tatkala Pas kepanasan hendak juga kepada hudud. Sudahnya, Pas akan mengalah begitu saja.



Sikap tolak ansur Pas sebenarnya lebih kepada tidak berdaya menyanggah setiap kata-kata yang terhambur dari mulut pemimpin Dap terutamanya dan PKR. Tolak ansur Pas akan menyebabkan Pas akan ditolak secara beransur-ansur dan itulah yang terjadi kepada Pas masa kini.



Tidak terfikirkah mengapa Dap begitu berani mengkritik dan mencela Islam yang cuba dinobatkan oleh Pas? Walhal secara umumnya Pas tidak pernah mencuit hal ehwal agama mereka. Sudah pasti ada gerakan lain disebalik keberanian ini.



Mantan Naib Pengerusi Dap, Tunku Abdul Aziz pernah berkata, Dap tak mungkin akan menerima hudud kerana Dap masih fobio dengannya.



Pas hanya boleh memasang angan-angan selagi berada dalam pakatan. Akibat tidak ikhlas dalam perjuangan Islam, Pas selayaknya dipermainkan oleh rakan pakatan. Tapi itulah tujuan Pas, Islam hanya batu loncatan meraih simpati penyokong yang buta mata hati bagi menghalalkan matlamatnya menjadi pemimpin ulung negara ini.



Sehingga hari ini pun Nik Aziz tidak mampu mengeluarkan sebarang komen berhubung hudud dalam manifesto PR. Namun jika bab membinatangkan orang beliau amat cepat bertindak. Apakah Nik Aziz  berani membinatangkan pemimpin Dap dan PKR kerana membelakangkan hudud?.

TAG