Menanam tebu di "lurah Cinta"

Apabila muncul cerita panas yang melibatkan pemimpin pembangkang, pasti mereka akan kataka ianya kerja UMNo.. blablabla..





KLANG 26 Feb. - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, manifesto pilihan raya yang diumum pakatan pembangkang semalam tidak realistik, umpama 'tanam tebu di bibir mulut' (tanam tebu di tepi bibir).



Ini kerana, katanya, sehingga sekarang pembangkang masih tidak melaksanakan janji untuk memberi 'bintang dan bulan' di negeri-negeri yang mereka kuasai selepas pilihan raya umum lepas.



"Janji pembangkang dalam manifesto memberikan pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga menara gading jika menguasai Putarajaya tidak realistik.



"Tak payah tunggu memberikan pendidikan percuma sekiranya menguasai Putrajaya, buat dulu di negeri yang ditadbir mereka bagi membuktikan kemampuan mereka seperti di Selangor.



"Saya lihat manifesto ini tidak lebih sekadar 'tanam tebu di bibir mulut', manis mulut bercakap tapi hati lain, macam cakap tak serupa bikin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor, di sini malam tadi.



Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, banyak janji yang dibuat kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor pada PRU-12 tidak ditunaikan dan sekarang rakyat mula bangkit menuntut hak mereka di mahkamah.



Manifesto bertema 'Manifesto Rakyat Pakatan Harapan Rakyat' yang diumumkan pakatan pembangkang semalam antara lain berjanji untuk menghentikan serta-merta operasi kilang nadir bumi Lynas dan membatalkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) jika mereka memenangi PRU-13. - BERNAMA



TAG