Anwar minta rakyat sedekah al-Fatihah kepada tentera Sulu?


SETAKAT dilaporkan semalam, ada 31 orang
tentera diraja Sulu yang telah dibunuh pasukan keselamatan negara,
menjadikan keseluruhan 52 nyawa tentera diraja Sulu telah terkorban
setakat ini.





Sesetengah pihak melihatnya sebagai jumlah yang terlalu besar untuk
balasan 8 nyawa anggota polis yang telah melayang sebelum ini.
 Sehingga ke satu tahap, laman ini melihat operasi yang sedang berlaku
ini bukan operasi ketenteraan untuk mempertahankan kedaulatan, tapi lebih kepada untuk misi membalas dendam untuk anggota pasukan keselamatan yang telah mati.





Dendam kesumat yang membuak-buak ini diburukkan lagi dengan keengganan kerajaan Malaysia menerima cadangan Sultan Sulu semalam supaya satu gencatan senjata diadakan, atas nama kemanusiaan.





Setiausaha Agung PBB, Ban Kim Moon sendiri dalam satu kenyataan semalam mendesak semua pihak supaya menghentikan semua kekejaman dan kembali ke meja rundingan.  Gesaan itu pun ditolak mentah-mentah Najib Tun Razakdan masih mendakwa kerajaan Malaysia telah memberikan ruang yang cukup untuk berbincang dan mencari penyelesaian secara aman.





Sejak bila pula perbincangan dihadkan kepada ruang?





Entahlah, sudah kemana hilang
kemanusiaan askar-askar dan kerajaan kita pun penulis tidak tahu.
 Nampak sangat bukan keamanan yang dicari, tapi balas dendam yang tidak
tahu dimana pengakhirannya.  Mungkin selepas kesemua pengikut Sultan Sulu terbabit dibunuh agaknya.





Melihat kepada ketidakseimbangan yang
berlaku, laman ini difahamkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah
meminta rakyat Malaysia di seluruh negara supaya menyedekahkan ayat Al-Fatihah kepada semua anggota tentera Sulu yang telah terkorban.





Permintaan ini dibuat atas nama kemanusian dan tidak ada kaitan langsung dengan perbuatan kejam yang didakwa dilakukan tentera diraja Sulu ini ke atas 8 anggota keselamatan negara kita yang nyawanya melayang sebelum ini.





Kejam-kejam tentera diraja Sulu inipun, mereka masih lagi saudara sesama Islam dengan
sebahagian besar rakyat Malaysia yang membentuk kumpulan majoriti di
negara ini.  Maka itu, sewajarnyalah rakyat Malaysia beragama Islam,
tidak lupa untuk membacakan Al-Fatihah untuk mereka yang telah
terkorban.





Laman ini turut dimaklumkan bahawa semua
masjid-masjid dalam negeri Pakatan Rakyat telah diarahkan untuk
melakukan perkara yang sama.  Apatah lagi, hari ini adalah hari Jumaat
dimana upacara sembahyang Jumaat akan diadakan.





Sekurang-kurangnya dengan melakukan perkara ini (sedekah Al-Fatihah) dapat mengurangkan sedikit ketegangan yang berlaku antara 2 negara, Malaysia dan Filipina serta mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.





Kita perlu ingat, masih ramai rakyat
Malaysia berada di Filipina atas apa pun tujuan dan tindakan keras
pasukan keselamatan ke atas tentera diraja Sulu ini hanya akan
mendatangkan bahaya kepada mereka.





Sudah tentu pentadbiran Najib terlalu didorong oleh perasaan marah yang meluap-luap sehingga tidak mengambil kira keselamatan
rakyat yang berada di luar negara, terutama di Filipina, tak seperti
Anwar yang mengambil kira semua perkara sebelum membuat keputusan.





Inilah ciri-ciri kesederhanaan pemimpin seperti Anwar yang sering dipinggirkan oleh rakyat Malaysia.  Dalam keadaan dimana hati semua orang dibakar dan
diapi-apikan dengan perasaan benci yang meluap-luap, Anwar tampil untuk
meredakan ketegangan dan mengingatkan rakyat Malaysia bahawa kita masih lagi manusia, bukan binatang.





Tak tahulah sampai bila akan datang pemimpin macam ini lagi.


TAG