Biseksual tidak layak jadi PM..

KUALA LUMPUR 16 Mac – Mana-mana individu yang dikaitkan dengan gejala seks songsang termasuk aktiviti biseksual tidak layak menjadi Perdana Menteri di negara ini.


Ahli Dewan Negara, Senator Datuk S. Nallakaruppan (gambar) berkata, rakyat sewajarnya menolak sesiapa sahaja yang terbabit dalam perbuatan tidak bermoral seperti itu.


Beliau memberitahu, kegiatan biseksual sememangnya bertentangan dengan nilai-nilai agama dan moral yang dipegang masyarakat di Malaysia.


“Bukan sahaja di Malaysia, negara-negara lain pun tidak akan menerima individu biseksual sebagai pemimpin kerajaan.


“Pada pengetahuan saya, warga Britain dan Amerika Syarikat akan memastikan calon-calon yang bertanding jawatan Perdana Menteri atau Presiden mempunyai latar belakang yang bersih dan bebas daripada skandal moral,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Klik SINI


TAG