Cerai isteri kerana baiah

Bachok: Dua tahun lalu, selepas 22 tahun mengharungi kehidupan sebagai suami isteri, seorang ahli PAS terpaksa menceraikan isterinya kerana melanggar baiah yang dibuat pada parti itu.




Shaidi Husin, 45, berkata setiap ahli PAS termasuk pemimpin diwajibkan berbaiah kerana mereka perlu menyimpan banyak rahsia parti selain bimbang ahli melompat parti.






Beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Keselamatan PAS negeri, berkata antara kandungan baiah itu, kalau belot pada perjuangan parti, maka beliau dan isteri akan jatuh talak satu.




“Apabila saya menyertai UMNO pada 10 Oktober 2010, maka jatuh talak dengan isteri. Saya ke pejabat kadi untuk melafazkan dan mengesahkan perceraian itu,” katanya selepas Program Deklarasi NGO tolak PAS di Kampung Kemunting, Tawang, di sini semalam.




Taksub perjuangan PAS




Shaidi yang kini Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO), Selamat Tinggal PAS (STP) berkata, ketika itu beliau begitu taksub kepada perjuangan PAS dan paling membenci bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.




“Ketika itu, saya begitu taksub kepada perjuangan PAS dan apa yang dibenci oleh pemimpin parti itu, maka saya pun turut membencinya tanpa mengambil tahu asal usulnya,” katanya.




Ditanya mengapa beliau mengambil keputusan keluar PAS, Shaidi berkata, ia dibuat berikutan tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, banyak menyimpang daripada perjuangan Islam.




“Saya sayang PAS kerana sejak Tingkatan Tiga sudah taksub dengan PAS hinggakan kulit buku saya balut dengan bendera PAS sehingga dimarahi guru. Sebelum meninggalkan PAS, saya termenung selain berbincang dengan kawan.




“Namun apabila melihat ceramah Nik Aziz banyak bertentangan dengan perjuangan Islam, saya nekad meninggalkan PAS sehingga terpaksa menceraikan isteri selain melepaskan jawatan yang agak tinggi ketika itu,” katanya.




Beliau menasihati ahli PAS supaya jangan taksub kepada seseorang pemimpin kerana belum diketahui sifat sebenar mereka sama ada betul-betul memperjuangkan Islam.




"Seperti baru kahwin, baru kita tahu di mana kekurangannya dan ketika dalam PAS dulu, banyak lakonan yang terpaksa saya lakukan dengan pemimpin parti supaya orang ramai