Fahmi Tersasul, Tolong Maafkan Dia-Suara pakatan rakyat






NAMA Khairul Fahmi Mat Som (Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda PAS Pusat) mungkin kurang di dengar orang, sehinggalah sekarang, bila dia mengaitkan Nabi orang Islam dengan video lucah yang mungkin dibuat oleh UMNO.


Asalnya laman ini tidak ada masalah menyokong kenyataan seumpama itu kerana itu hak dia untuk bercakap atau menulis yang selari dengan kebebasan bersuara yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.


Tapi setelah mesej Twitternya itu menerima bantahan keras dari seluruh umat Islam di negara ini kerana didakwa menghina Nabi orang Islam yang tersebut, seterusnya telah menjejaskan Pakatan Rakyat, maka suarapakatanrakyat.com tidak ada pilihan lain, melainkan mengutuk kenyataan itu.


Apakah bodohnya kenyataan itu, dikeluarkan sekarang bila mana tahap kesedaran rakyat tentang kebebasan bersuara ini belum sepenuhnya berlaku?  Seharusnya Fahmi lebih bijak memilih subjek untuk dibuat perbandingan.


Mungkin Fahmi lupa bahawa Pakatan Rakyat sedang berusaha keras untuk membuktikan bahawa segala penghasilan video lucah yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin lain seperti Nurul Izzah, Mansor Othman, Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan lain-lain lagi ini, adalah di dalangi oleh UMNO.


Usaha tersebut sedang berjalan dan belum lagi selesai.  Pakatan Rakyat masih mencari siapa yang memasang kamera tersembunyi, lokasi dan individu-individu terbabit, sebelum mengaitkan semua itu dengan UMNO.


Rakyat hari ini bukan bodoh, rakyat mahu bukti yang kukuh, kalau Pakatan Rakyat tuduh UMNO, mana buktinya?  Ini yang sedang diusahakan sekarang.


Sementara itu, bermacam-macam yang telah dilakukan Pakatan Rakyat untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai video-video tersebut, termasuk penghasilan semula semua klip-klip lucah itu untuk membuktikan bahawa perkara tersebut (penghasilan video) memang boleh dibuat dengan menggunakan teknik tertentu.


Ini semua akan digunakan sepanjang kempen pilihanraya umum yang akan datang nanti, bukan sekarang.


Kenapa Fahmi merosakkan semua usaha tersebut dengan membuat kenyataan membabitkan Nabi orang Islam dan UMNO dalam soal penghasilan video lucah ini pun, kami kurang pasti.  Mungkin Fahmi telah dibeli oleh UMNO dan cuba menghapuskan PAS dan Pakatan Rakyat dari dalam dengan mengeluarkan kenyataan yang hanya merosakkan lagi Pakatan Rakyat.


Nasib baik bagi Fahmi, sehingga artikel ini ditulis, tidak ada laporan polis dibuat oleh mana-mana pertubuhan Islam dan orang Islam sendiri berhubung kenyataan tersebut.  Orang Islam di Malaysia hanya akan membuat laporan polis kalau orang bukan Islam yang menghina Nabi mereka, bukan orang Islam sendiri.


Fahmi perlu berhenti mengeluarkan kenyataan seperti itu buat sementara, sekurang-kurangnya sehingga Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan nanti. - suara pakatan rakyat


PS: Katalah apa saja kerana penyokong PR pasti sokong kerana katanya itulah kebebasan bersuara.

TAG