Guru kata polis anjing, bukti rakyat semakin sedar-Suara pakatan rakyat.

APABILA laman ini mengambil keputusan mempersoalkan strategi, teknik dan lain-lain pendekatan operasi yang digunakan pasukan keselamatan, terutama polis dan tentera dalam menangani pencerobohan tentera diraja Sulu di Lahad Datu, kami lebih banyak dipersoalkan dan dikeji, walaupun dalam masa yang sama tidak kurang juga yang memuji.


Tidak cukup dengan itu, laman ini turut digodam Sabtu lepas oleh kumpulan penggodam bacul yang dibayar UMNO kerana kelantangan kami bersuara sejak krisis ini bermula.


Tapi kini suara-suara rakyat yang bangkit mempersoalkan pasukan polis dalam menjalankan operasi di Timur Sabah itu, sudah mula kedengaran dan hebat diperkatakan di laman-laman sosial seperti Facebook dan sebagainya.


Antaranya ialah dari akaun Facebook seorang guru bernama Mohd Lofti Nor yang kami lihat mula menjadi bahan kecaman dan kutukan penyokong UMNO sejak semalam, hanya kerana keberaniannya menyamakan anggota polis sebagai anjing dan mereka yang terkorban sebagai mati katak. Klik SINI untuk baca selanjutnya.


NR tidak mahu mengulas panjang. NR ingin memohon pembaca nilailah sendiri betapa teruknya pemikiran penyokong pakatan yang terang-terang tidak mencerminkan moraliti masyarakat bertamadun.


TAG