HOT LAHAD DATU: Penceroboh Bukan Semua Sulu

Terkejut beruk NR apabila terbaca satu entry daripada malaysia-instinc yang menyatakan bahawa tidak semua penceroboh yang membuat onar orang Sulu. Ikuti laporan ini:











Sehingga semalam negara menyaksikan gugurnya dua perwira yang menggalas tanggungjawab memastikan keamanan terus berkekalan. Al-fatihah buat mereka yang gugur...





Kita berharap semoga konflik yang melanda Sabah dapat diselesaikan dengan seberapa segera dan kematian anggota keselamatan cukuplah setakat yang ada. Kita tidak sanggup melihat lebih ramai anggota kita yang terkorban dek kerana tindakan pengganas Sulu.





Namun pengganas Sulu yang kononnya mewakili sultan mereka, dilihat mempunyai sokongan selain bangsa mereka. Pendedahan ini terbongkar apabila tawanan perang menceritakan hal yang sebenar.





Komander Musa yang mati ditembak merupakan bangsa Bajau, begitu juga dengan pemimpin kanan Kiram yang lain adalah dari bangsa Bajau. Mereka yang ditawan selepas soal siasat dilakukan mendapati kebanyakkan mereka adalah bangsa yang sama dengan Komander Musa.







Bapa Allahyarham prebet Ahmad Hurairah yang terkorban semalam





Menurut tawanan lagi, persetujuan mereka untuk bersama dengan pengganas Sulu pada asalnya dijanjikan kerja di ladang kelapa sawit. Sesampainya mereka di Sabah, ketua kumpulan pengganas Sulu memaklumkan tujuan sebenar mereka ke Sabah. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa mengikut sahaja arahan pengganas Sulu jika tidak mahu dibunuh. Mereka yang masih lagi sanggup bertempur dengan tentera kita adalah orang yang sama yang menentang kerajaan Filipina sekarang ini. 





Bukan niat penulis hendak menghina bangsa Bajau yang kini adalah rakyat Malaysia. Bajau yang penulis maksudkan ialah mereka yang bersama-sama dengan pengganas Sulu dari Filipina. Bajau yang secara haram memasuki Malaysia. 





Penulis akui Bajau Malaysia akan mencurahkan taat setia kepada negara walaupun ada dikalangan pengganas Sulu itu yang mempunyai kaitan persaudaraan dengan mereka. Namun yang jahat tetap jahat, hendak diturut tidak sekali. Selagi nyawa dikandung badan, biar gugur korban tetap diperjuangkan demi negara tercinta. 





Rujuk sini





Sama ada tawanan berkata benar atau sebaliknya, satu siasatan terperinci diperlukan. Dalam kes ini mereka sanggup berkata apa sahaja untuk menyelamatkan diri masing-masing. Mereka kini terdesak. 





Kenapa perlu ditawan baru hendak berkata benar? 





Jika mereka mendakwa ditipu, tempoh tiga minggu yang diberikan oleh Malaysia seharusnya digunakan sebaik mungkin oleh mereka. Paling tidak pun diawal-awal siri berbalas tembakan, mereka wajib keluar menyerah diri, bukannya lari bersembunyi dan melakukan serangan balas.





Yang salah tetap salah. U ceroboh I tembak...very clear and straight forward.

TAG