LAHAD DATU: 2000 MNLF bersiap sedia ke Sabah?





Nur Misuari dalam kenyataan terbarunya tidak dapat menyembunyikan lagi dendam kesumatnya pada Malaysia bila membuat kenyataan 2,000 kaum Tausug Selatan Filpina akan dihantar untuk ‘reinforce’ pasukan penceroboh mereka yang terkepung, dihujani peluru dari setiap sudut dan membilang detik bilakah akan gugur di bumi Sabah kini.



Sementara itu media Filipina pula memetik kenyataan seorang pemimpin MNLF 10,000 Tausug, majoriti kombatan MNLF akan

dikerah membantu gerombolan mereka yang tersepit di pantai Timur Sabah kini. Soalnya adakah mereka mempunyai kekuatan yang didakwa atau sekadar retorik semata-mata.



Elok kita imbau semula sejarah MNLF. Ianya diasaskan oleh Prof. Nur Misuari, seorang pensyarah Universiti Manila setelah tercetusnya peristiwa Jabidah Massacre di Pulau Corrigedor Luzon pada tahun 1968. Dalam peristiwa itu lebih kurang 200 pemuda Tausug mati dibunuh kerana enggan mematuhi misi menyerang Sabah. Ekoran itu,  berlaku penentangan secara mengangkat senjata di Selatan Filipina menentang kerajaan(GRP). Misuari mengetuai MNLF yang disokong oleh kesemua etnik Islam yang lain.



Diakhir 60an dan 70an ratusan ribu umat Islam terkorban dan ramai melarikan diri ke Sabah. Kedatangan mereka tahun 70an diiktiraf oleh UNHCR dan mereka diberi status pelarian. Oleh itu beb. pusat perlindungan dibuka di Sabah, antaranya di Kinarut. Pada era 80an mereka yang datang ke Sabah dikategorikan Penghijrah ekonomi bila perang telah reda.



Misuari tidak lama berjuang bersama pengikutnya. Dia lari mendapatkan suaka politik di Arab Saudi dan Libya. Beliau hanya sekali sekala pulang secara sulit menemui pengikutnya di Selatan Filipina melalui Sabah. Di Jampiras Sandakan ada sebuah bot laju khas dengan injin kuasa tinggi untuk pengikutnya membawanya pulang secara rahsia. Kemudian dia pulang lagi ke Saudi. KLIK SINI

TAG