Lahad Datu: Nama 2 anggota PGA yang cedera

Bermula jam 8 malam hingga 4 pagi tadi, telah berlaku kejadian tembak menembak di kawasan operasi yang mana dua (2) pegawai pasukan keselamatan telah mengalami kecederaan akibat ditembak oleh pihak penceroboh. Setakat ini tiada kematian dilaporkan dikedua-dua belah pihak.


Jumlah tangkapan setakat hari ini, seramai 85 orang dan semua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 130c (1) (a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Security Offences (Special Measures) Act 2012.


Kawasan di Lahad Datu telah beransur pulih dan pihak PDRM menasihatkan kepada orang ramai agar tidak percaya kepada khabar-khabar angin yang dilaporkan.


Dua anggota PGA cedera dalam kejadian tembak menembak dengan pengganas di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, jam 8 malam tadi:


Nama anggota RF/166409 Mohd Zariman 26 tahun dan

RF/160726 Fendi b Rosli kedua mereka  dari BN 12 PGA.


PDRM keluar kenyataan gencatan senjata hanya muslihat pemberontak sulu.


Klik SINI


TAG