Lahad Datu: Pegawai tentera yang bodoh sombong.


Seorang pegawai TUDM dikesan memperlekehkan usaha PDRM di peringkat awal usaha membanteras penceroboh di Lahad Datu.


Beliau berkata kematian perajurit di Lahad Datu adalah sia-sia dan bodoh kerana polis tidak tahu bertempur.


Kita semua akui peranan sepatutnya diberi kepada tentera.


Tapi satu perkara yang perlu diingat tanggapan awal tidak seperti dijangkakan kerana setiap orang melakukan kesilapan.


Walau sebodoh manapun orang yang terkorban itu (pada anggapan pegawai TUDM itu) mereka tetap seorang perajurit yang telah berjuang sehingga titisan darah terakhir dan mereka wajar diiktiraf sebagai perwira negara.


Dan sebagai seorang pegawai tentera dia tidak sepatutnya menghina orang lain walaupun dia merasa dia hebat.


Jagalah perasaan orang yang terlibat. Anda tidak berdepan dalam situasi sepertimana yang dihadapi oleh mereka yang terkorban jadi jangan cakap kurang ajar. Tak payahla nak tunjuk pandai kerana ia menyerlahkan kebodohan anda.


TAG