Lahad Datu: Pembangkang berbolok wok

Beberapa minggu lalu, negara dikejutkan dengan ancaman kumpulan yang merujuk kepada diri mereka sebagai tentera Sulu yang bertindak menuntut ‘bahagian’ yang dikatakan milik mereka, di bumi Sabah.  Pencerobohan yang disangka kecil-kecilan ini kemudian ternyata lebih ‘complicated’ dari yang dijangka.


Risikan pihak Filipina sendiri telah mendedahkan penglibatan pembangkang, khususnya Anwar Ibrahim dalam pencerobohan tersebut.   Dalam sekelip mata, apa yang dirujuk sebagai ‘krisis sukar’ ini menjadi satu ‘insiden keganasan yang besar’, malah berpotensi untuk berlarutan menjadi ancaman gerila.   Malah, apa yang dikatakan ‘tentera Sulu’ itu turut diragui kerana terdapat bukti jelas penglibatan MNLF yang mempunyai hubungan akrab dengan Anwar.


Rakyat Malaysia yang telah terlalu manja dibuai keamanan, bagaikan terpaku melihat seorang demi seorang anggota keselamatan kita diusung pulang.  Bagaikan tidak percaya melihat kekejaman pengganas yang selama ini hanya didengari berlaku di negara orang.


Walaupun begitu, kesedihan kita nampaknya tidak dikongsi oleh pihak pembangkang.  Tian Chua, Naib Presiden PKR secara langsung menghina wira-wira negara yang terkorban dengan menyifatkan keseluruhan insiden sebagai sandiwara UMNO. Klik SINI