LAHAD DATU: Pengganas tetap berdegil enggan mengalah





Meskipun jumlah kematian pengikut Jamalul Kiram III meningkat selepas operasi DAULAT dilancarkan oleh pasukan keselamatan Malaysia, namun semangat kental keluarga individu yang

mengisytiharkan dirinya Sultan Sulu tetap mengarahkan anggota kumpulan itu supaya bertahan dan tidak menyerah kalah.



Menurut laporan akhbar dalam talian Filipina ABS CBN News,anak perempuan Jamalul Kiram, Jacel memberitahu yang bapa saudaranya, Agbimuddin Kiram dan para pengikutnya tidak akan meninggalkan Sabah walaupun menerima serangan bertali arus datang dari pasukan keselamatan Malaysia.



Malah beliau sebaliknya merayu kepada saki-baki kumpulan itu supaya kekal setia bersama Agbimuddin dan mengingatkan kehadiran mereka ke Lahad Datu semata-mata untuk mengambil kembali kampung halaman mereka sepertimana objektif utama mereka sebelum ini



Sila kekal di sana. Ini adalah satu penghormatan buat kehidupan kita semua,” katanya dipetik ABN CBS News.



Mereka mahu tinggal di sana. Ia merupakan kampung halaman mereka sendiri dan mereka mahu tinggal di sana secara aman,katanya lagi.



Pendirian lelaki warga emas,Jamalul Kiram yang berusia 74 tahun itu tetap utuh,menurut laporan media antarabangsa beliau rela untuk dipenjarakan bagi membuktikan bahawa tuntutan ke atas Sabah dibuat bukan kerana wang bagi menafikan tuduhan itu.



Kenyataan itu dibuat Kiram III semasa dia melahirkan kesediaan untuk hadir di pejabat Biro Siasatan Nasional (NBI) di Manila selepas mendapat perintah berbuat demikian

Tiada wang menjadi taruhan dalam isu ini. Apa yang penting ialah maruah dan kehormatan kami. Impian saya adalah untuk meninggalkan legasi untuk tanah air kami, jelas Kiram

Kita akan menunjukkan kepada dunia bahawa kita memiliki bukti dan hak untuk tinggal di sana (Sabah),tambahnya.



Malah, pemimpin tersebut percaya Sabah adalah sebahagian daripada tanah pusaka mereka selepas menerima kawasan di Borneo Utara itu sebagai tanda terima kasih kerana membantu Kesultanan Brunei menewaskan satu pemberontakan pada 1704





Read more: http://www.enciknakal.com/berita/berita-terkini-lahad-datu-10-mac-2013#ixzz2N92XTlGU

TAG