MB Trg melawat keluarga perwira negara. .

Anak Allahyarham Insp.Zulkifli

Menteri Besar Terengganu sebentar tadi telah melawat keluarga Allahyarham Insp Zulkifli bin Mamat. Semasa bertemu ibu Allahyarham iaitu Puan Khadijah bt Ismail (64 tahun), DS Ahmad Said kelihatan amat sedih dan menangis.


Insp Zulkifli bin Mamat (29) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini, hari ini.


Allahyarham terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.


Jenazah Insp Zulkifli akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Gong Bayor, Tembila, Besut, Terengganu, Pengebumian jenazah akan dibuat secara pengebumian perwira.

Klik SINI


TAG