Nasihat iblis Bob Lokman

UMAT Islam mesti faham ini bahawa agama kita menganjurkan kepentingan menepati janji.  Kegagalan melaksanakan janji ini akan memasukkan individu tersebut ke dalam golongan munafik.


Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya: Rasulullah saw bersabda  “Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas” [Hadith Sahih Riwayat Muslim].


Tak mahu cakap banyak, ketetapan untuk menepati janji ini memang suatu yang dituntut agama.

Justeru, ramai orang berdengung telinga mendengar fatwa terbaru dari ustaz selebriti Pakatan Rakyat, ‘Sahibus Samahah’ Bob Lokman yang menyifatkan orang yang menepati janji ini samalah dengan Iblis menepati janji untuk menyesatkan kaum Adam!!

Klik Sini


TAG