Panas: Tian Chua didakwa

Pada jam 1120, pertuduhan terhadap Chua Tian-Chiang @ Tian Chua-AP Batu telah dibacakan di bwh Sek 4 (1) b Akta Hasutan 1948, Mahkamah Sesyen Jenayah 6, Aras 3 di hadapan Hj. Mohd Sekeri bin Mamat. Empat tuduhan menghasut isu tembak menembak di Lahad Datu sebagai sandiwara kerajaan.


Peguambela N. Surendren. Peguam Tian Chua :- meminta tertuduh dibebaskan atas bond sendiri,  latar blkg tertuduh adalah AP Kawasan Batu & Naib Presiden PKR tertuduh bermastautin seumur hidup dalam negara ini, tertuduh juga beri kerjasama penuh dalam siasatan Polis, tidak ada kemungkinan tertuduh akan melarikan diri.  Tuduhan ini tidak ada merit langsung, tidak ada kepentingan pihak pendakwa perlu  buktikannya, Tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 adalah di zaman penjajah & penjajah tidak pernah guna akta ini, PM telah pun keluarkan kenyataan bahawa tahun 2012, Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan, menyeru kpd mahkamah supaya membebaskan tertuduh.


Jaminan yang ditawarkan pihak pendakwa adalah munasabah, bukti & keterangan akan dikemukakan, Akta ini bukan akta penjajah dan masih berkuatkuasa sehingga kini. Hakim beri keputusan tertuduh diikat jamin RM5,000 dgn seorg penjamin. Tarikh sebutan semula 12 APR 2013.

Klik SINI


TAG