PAS hanya alat DAP untuk peroleh undi Melayu - Bekas Pegawai Khas Ronnie Liu

Petikan di bawah merupakan petikan temuramah dengan  Pegawai Khas Ronnie Liu:





Apa pandangan DAP terhadap Pas?



Kita sedia maklum Pas merupakan sebuah parti yang melambangkan mereka sebagai pendukung agama Islam. Pimpinan Pas ketika zaman Tan Sri Asri Muda dahulu lebih terbuka, lebih berkompromi, semngat kemelayuan itu ada berbanding sekarang. Di dalam Pas sekarang kita lihat berlaku percanggahan daripada segi idea.



Kita lihat Dewan Pemuda Pas ada ke arah penyatuan dengan UMNO tetapi dibangkang oleh pihak yang lain di dalam Pas. DAP sebenarnya mahukan Pas berkeadaan sedemikian, mahu melihat Pas menjadi kucar kacir supaya keadaan itu memberi kelebihan kepada DAP.



Biarkan Pas dengan masalah dalaman, antaranya isu pemecatan Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama', pmecatan bekas Pesirihjaya Pas Selangor, Hasan Ali dan percanggahan pendapat berhubung isu penggunaan kalimah Allah. DAP mahu Pas sibuk dengan isu-isu dalamanya. DAP mempunyai hasrat yang cukup besar. DAP tidak mahu sebatang pokok tetapi DAP mahukan sebuah hutan. DAP tidak hairan jika sebatang pokok bergoyang kerana sasarannya adalah sebuah hutan. Agenda DAP adalah mendominasi pakatan pembangkang dan mendominasi politik negara.
TAG