Pengantin rempit


Aksi pengantin melakukan stunt



                        


Kalau sudah namanya ‘mat rempit’, di majlis persandingan sendiri pun masih sempat menunjukkan aksi.


Itu yang berlaku pada majlis persandingan Sharifudin Shahrin, 28, dan
pasangannya, Norhafizah Fakhrudin, 27, di Kampung Sri Kinta,  semalam.




Sharifudin yang berpengalaman lebih enam tahun dalam bidang
permotoran dan aksi ngeri sedikit pun tidak kekok menggayakan beberapa
aksi menggunakan motosikalnya di hadapan tetamu.




Dengan mengenakan pakaian pengantin silang serba kuning lengkap
bersampin, Sharifudin yang sebelum ini digelar mat rempit melakukan aksi
wheelie stand dan doughnut selama hampir 10 minit.




Ketika ditemui, Sharifudin berkata, impian untuk beraksi di majlis
perkahwinan sendiri memang sudah lama tertanam sebagai kenangan mereka
berdua.




“Alhamdulillah, semuanya sudah selesai dan berjalan dengan lancar,
semalam (kelmarin) saya juga sempat membuat aksi sama di rumah mentua,”
katanya. klik SINI
TAG