Siapa sembahyangkan jenazah pengganas?

LAHAD DATU - Kesemua 28 mayat pengganas yang selesai dibedah siasat dan dilakukan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau akan dikebumikan sementara di sini bagi mengelak kekurangan ruang menyimpan mayat di kedua-dua buah hospital tersebut.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar kecil) berkata, identiti kesemua mayat pengganas lelaki itu telah dikenal pasti dan akan dikebumikan dalam masa terdekat.

Menurut beliau, keputusan mengebumikan sementara kesemua mayat tersebut dibuat hasil mesyuarat khas melibatkan beberapa agensi seperti Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Interpol pada 18 Mac lalu.

Khalid bagaimanapun tidak menyatakan lokasi pengebumian mayat-mayat tersebut.


TAG