Suaram biaya penceroboh

Kegagalan pemimpin utama PKR, Anwar Ibrahim yang dikatakan sebagai pemimpin ‘anugerah tuhan’ oleh isteri kesayangan suatu ketika dahulu untuk menjawab semua dakwaan berhubung insiden berdarah di Sabah semakin menimbulkan tanda tanya. Malah media Filipina, The Enquirer sebelum ini juga dilaporkan telah menghubungi Anwar bagi mendapatkan reaksi berhubung dakwaan tersebut, namun ditolak atas alasan terikat dengan jadual program yang padat.


Walaupun Anwar mengatakan, berjanji akan menghubungi semula wakil media tersebut bagi memberikan kenyataan, namun sehingga ke hari ini dia masih lagi ‘bersandiwara’ untuk mengelak dari memberikan sebarang maklumbalas. Sedangkan, mengikut logik akal, jika benar Anwar tidak bersalah dan ingin membersihkan namanya, perlawaan The Enquirer itu boleh digunakan untuk menolak dakwaan sebelum ini.


Terbaru mantan salah seorang pengasas parti PKR, Ng Lum Yong mendedahkan mengenai satu email yang diterima dari salah seorang kenalannya di Manila. Menurut Lum Yong, kandungan email tersebut antara lainnya mengatakan kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah telah dibiayai oleh SUARAM, salah satu NGO yang berdaftar di Malaysia. Klik SINI


TAG