Tentera Filipina pintas bot bawa senjata

Tentera Laut Filipina merampas senjata api dan peluru dari 35 orang yang disyaki pengikut kesultanan Sulu, seorang daripadanya wanita, ketika memintas mereka di perairan sekitar Pulau Andolingan di Tawi-Tawi pagi ini (semalam)


Jurucakap Tentera Laut Lt-Komander Gregory Fabic berkata kapal peronda BRP Mariano Alvarez dan kapal meriam BRP Jose Andrada memintas dua buah bot di barat Pulau Andolingan sekitar jam 6.30 pagi.


Fabic berkata laporan awal menunjukkan sebuah daripada bot tersebut sedang menuju ke Sabah.

Suspek dijangka tiba di Batobato, Tawi-Tawi untuk siasatan.


Terdapat laporan mengenai orang Tausug sedang menuju keluar untuk membantu pengikut kesultanan Sulu di Sabah sejak pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia tercetus awal bulan ini.


Filipina dan Malaysia telah menjalankan kawalan di laut untuk menghalang pengikut kesultanan itu menyertai yang lainnya di Sabah. Klik SINI