'SMS terakhir...abah, mak doakan orang selamat'





PASIR MAS 12 Mac - "Salam abah, mak doakan orang (saya) selamat".



Begitu khidmat pesanan ringkas (SMS) terakhir yang dihantar Prebet Ahmad Hurairah, 24, dari Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja

(RAMD) kepada bapanya, Ismail Husin, 55, sehari sebelum Allahyarham ditugaskan untuk menyertai Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah pada 7 Mac lalu.



Ismail berkata, Ahmad Hurairah yang merancang membawa kekasih hatinya berasal dari Bachok untuk berjumpa dengan keluarganya selepas tamat operasi itu, turut berpesan supaya menjaga diri baik-baik semasa ketiadaannya.



Ujarnya, kali terakhir dia berjumpa anaknya itu adalah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri, dua tahun lalu dan selepas itu Allahyarham tidak lagi dapat berkesempatan pulang ke kampung. Klik Sini dan Sini






Allahyarham Ahmad Hurairah 




TAG