Terengganu negeri pecat, negeri halau, negeri jual, negeri lelong dan negeri rugi?





PAS mencipta rekod sebagai sebuah ‘KERAJAAN YANG GAGAL’ di Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004.



Walaupun propaganda ‘Pas Ganti UMNO’ dicanang seluruh pelusuk negeri menjelang PRU 13

, rakyat tidak akan lupa bagaimana Kerajaan PAS yang dipimpin Dato’ Seri Abdul Hadi Awang pada ketika itu menjadikan Terengganu sebagai negeri pecat, negeri halau, negeri jual, negeri lelong dan negeri rugi.



Satu lagi bukti PAS gagal di Terengganu! Disebabkan PAS tidak pandai menguruskan ekonomi negeri, Kerajaan negeri pimpinan Hadi Awang gagal menjelaskan pinjaman bank bagi pembinaan pelabuhan West Whart di Kemaman yang dibina oleh Kerajaan BN.



Kerajaan PAS membiarkan pelabuhan yang dibina dengan kos RM80 juta itu dilelong oleh bank yang diambil oleh sebuah syarikat di Kuala Lumpur dengan harga RM12 juta dengan membabitkan tanah kawasan industri seluas 240 hektar.



Perkara itu turut disahkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said dalam satu program di Felcra Seri Bandi, Kemaman semalam.



Setelah BN memerintah semula Terengganu pada tahun 2008, usaha untuk mendapatkan semula pelabuhan West Whart serta tanah industri seluas 240 hektar mula digerakkan. Klik SINI
TAG