Terkini: Bapa Saiful dakwa kes liwat anaknya adalah konspirasi UMNO!

Berita terhangat di pasaran sekarang apabila satu sidang media telah diadakan oleh bapa Saiful Bukhari apabila dia mendakwa kes liwat anaknua dengan Anwar ibrahim adalah konspirasi UMNO.


Setelah hampir bertahun kes itu di dengar di mahkamah dan sekarang di bawa ke mahkamah rayuan secara tiba - tiba ayah Saiful telah pusing 360 darjah terhadap dakwaan tersebut.


Pusingan U terhadap kes yang melibatkan maruah anak dan keluarganya serta setelah sumpah laknat dilakukan dimasjid bersaksikan rumah Allah, kitab suci al-Quran dan ramai lagi saksi yang lain telahenbilkan pelbagai spekulasi. Adakah ayah Saiful ini telah di beli oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan UMNO.


Sekali lagi tatkala parlimen semakin hampir dibubarkan tidak mustahil jika pertanyaan seumpama ini diajukan kepada ayah Saiful.  Adakah dia sanggup bersumpah dengan nama Allah bahawa kes liwat anaknya dengan Anwar adalah konspirasi UMNO.


Dan dia perlu ingat. Jika sumpah yang dibuat oleh Saiful dulu untuk menyatakan bahawa Anwar telah meliwat nya maka yakinlah bahawa keluarga Azlan ini akan dilaknat oleh Allah.


Mungkin tak nampak di dunia tapi Allah tidak akan pernah memungkiri janji Nya.

Klik SINI


TAG