TERKINI: Gugurnya Pahlawan Sang Saka Biru



Salam buat semua...



Terpanggil dihati untuk menukilkan rasa bangga dalam kegalauan hati mengiringi pemergian pahlawan negara dalam mempertahankan maruah dan keselamatan negara.



Di sebalik penghinaan segelintir manusia yang tidak tahu menghormati jasamu mengorbankan diri demi mempertahankan pertiwi, yakinlah masih ramai jelata rakyat yang menghargai dan menyangjung tinggi pengorbananmu yang tiada tolok bandingnya. Walaupun engkau tidak dapat merasai manisnya sanjungan duniawi kerana pengorbananmu itu, yakinlah bahawa janji Allah tidak akan pernah dimungkiri bahawa darah para syuhada' tidak akan pernah mati dan kami doakan tempatmu bersama para syahidin yang dimuliakan oleh Allah.









Merengkok nadi dan sendulah hati

kerana semalam kesah sayu memamah diri

dalam kehitaman sejarah bumi ini

matinya pahlawan kerana bertahan di dada pertiwi

dengan peluru dan darah

dengan keringat yang tumpah



Pahlawan

matimu mati melingkar sejarah

matimu hanya mati pada jasad

dan matimu hanya mati dari jagat



Pahlawan

ketahuilah kamu bahawa kematianmu

cuma dikenang dalam doa dan restu

cuma diukir nama pada sebuah tugu

dan cuma semusim sekali dibawa berlagu

padalah

biarkanlah tugu menjadi keramat dan jihad

dan biarkan lah ia dikenang dengan tekad

bahawa kami penyambung wasiat

bisa ada warisan

dalam darah dalam sejarah



Pahlawan

kami anak-anak mengugat zaman

bukan hanya lumrah dengan tekad dan sumpah

tapi

sakan mengukit sejarah sepertimu  jua

demi ibu

tanah bertuah ku rela rebah

demi ibu

tanah bertuah ku rela menitis darah



Pahlawan

hari ini harimu dalam kenangan

kerana jasa dan bakti yang terbilang

kami kenangi dalam sedu dan sumpah hulubalang



Pahlawan

semadilah dikau

dengan bunga-bunga di kalungan

lambang kenangan

dan itulah kurnia yang maha agung kami sembahkan

kerana, bintang-bintang kebesaran

sudah tak bererti padamu



Pahlawan

semadi

dan semadilah

hingga harimu ke mari lagi



KLIK SINI

TAG