TERKINI LAHAD DATU: Misuari kelabu mata pandang duit?

Wajarkah pemimpin Moro National Liberation Front, MNLF Selatan Filipina, Nur Misuari menjadi dalang kepada pencerobohan ke atas Sabah, Malaysia?



Memang tidak wajar kerana ia sudah membabitkan soal kedaulatan sesebuah negara.



Penulis masih ingat, sewaktu Nur Misuari berkunjung ke Malaysia, khususnya Terengganu, pihak kerajaan kita melayan beliau dengan baik, lebih-lebih lagi beliau adalah pemimpin atau Gabenor Wilayah Autonomi Mindano di selatan Filipina.






Nur Misuari dan isteri dilayan baik di Rantau Petronas, Kertih.



Pada 21 Disember 1996 beliau, isteri dan rombongan melawat di Terengganu diberi sambutan yang baik oleh Menteri Besar dan Kerajaan Terengganu waktu itu.





Rombongan deligasi Nur Misuari waktu itu juga melawat kawasan industri petroleum di Kertih dan diraikan dalam satu majlis makan tengahari di Kelab Desa Rantau Petronas.





Di sebelah petang rombongan Numisuari telah diberi taklimat pembangunan oleh kerajaan negeri di Tingkat 17 Wisma Darul Iman dan kemudiannya mengunjungi ketua kerajaan (Menteri Besar).





Ketua pengganas yang menceroboh tanahair Malaysia di Lahad Datu, Nur Misuari, dilaporkan memohon kepada perdana menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd Najib Razak agar berlembut dengan anak buahnya yang masih berada di persekitaran Lahad Datu.





Nur Misuari dipetik sebagai berkata demikian dalam sebuah akhbar online Filipina beberapa hari lepas.





Namun kerajaan Malaysia komited mahu menamatkan pencerobohan haram oleh pengganas yang mengorbankan nyawa lapan anggota polis termasuk yang berpangkat pegawai sepanjang tempoh tiga hari.




Selain PDRM, anggota tentera Malaysia sudah dilaporkan mengambil alih operasi hadapan bagi mengusir keluar penceroboh tersebut. KLIK SINI

TAG