TERKINI!!! Tentera masuki Tanduo



Dikhabarkan dari Tanduo, Sabah bahawa puluhan kenderaan ATM bergerak menuju masuk ke Tanduo iaitu kawasan di mana penceroboh berkubu dan dikepung.





Kenderaan tentera yang bertali arus itu, termasuk kereta perisai dan trak

membawa anggota tentera, dilihat memasuki kawasan jalan ladang kelapa sawit pada kira-kira jam 6.30 petang ini. (kelmarin)



Barisan trak tersebut mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membelok ke jalan ladang di kawasan tersebut.





Turut dilihat dalam barisan kenderaan itu adalah dua ambulans.

Jalan ladang berkenaan merupakan antara beberapa laluan ke Kampung Tanduo. Petugas media dihalang daripada menggunakan jalan berkenaan, dan hanya dilalui pasukan keselamatan yang menuju kampung tersebut.



Perkembangan ini berlaku susulan dakwaan penduduk tempatan bahawa penceroboh yang dikepung di Kampung Tandou meloloskan diri dari sekatan dan menduduki Kampung Tanjung Batu.



Sehingga kini masih belum dapat dipastikan sama ada peningkatan jumlah tentera itu bagi meluaskan perimiter kawalan ke atas penceroboh yang kini turut melibatkan kampung berdekatan, atau untuk bertindak ke atas kumpulan bersenjata itu.



Diharapkan operasi pihak ATM ini akan segera menamatkan krisis berdarah ini demi keselamatan negara tercinta. KLIK SINI dan SINI


TAG