TERKINI!! TIADA GENCATAN SENJATA





Malaysia menolak gencatan senjata oleh Jamalul Kiram yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid melalui 'tweet'nya, Khamis.



Beliau berkata gencatan senjata itu hanya akan diterima jika semua militan menyerah tanpa syarat.



"Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Demi kepentingan rakyat Sabah & seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan," katanya melalui twitter.



Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini tiba di Felda Residence Sahabat bagi melakukan tinjauan Op Daulat yang dilaksanakan pasukan keselamatan ekoran pencerobohan pengganas Sulu di daerah ini.



Najib diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman tiba pada pukul 1.45 petang dengan menaiki helikopter Nuri. KLIK SINI

TAG